Sunday, July 31, 2011

Tingkatan Puasa ; Di Mana Puasa Kita?

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin membahagikan puasa kepada tiga jenis atau tiga tingkatan iaitu;
1. Puasa umum
2. Puasa khusus
3. Puasa khusus lagi khusus



Puasa umum
Puasa yang biasa, iaitu mencegah mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi keinginannya sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat sah puasa. Orang yang hanya berpuasa dari makan minum dan syahwat begini tanpa memelihara anggota badan yang lain tidak akan mendapat apa-apa pahala dari Allah.

Puasa khusus
Puasa yang memenuhi syarat puasa umum dan ditambah lagi dengan mencegah telinga, mata, lidah, tangan, kaki dan lain-lain anggota badan daripada dosa. Ini puasa orang-orang yang soleh. Imam al-Ghazali mengariskan enam perkara sebagai syarat untuk mencapai puasa jenis ini iaitu;

1. Memejamkan mata dan mencegahnya dari melihat perkara yang dicela dan makruh, juga perkara yang melalaikannya dari mengingati Allah
Maksud hadis: Lima perkara yang membukakan puasa org2 yang berpuasa] berdusta, mengumpat, menjadi lalat merah, bersumpah palsu dan memandang dengan nafsu

2. Menjaga lidah dari perkataan sia-sia, dusta, mengumpat, adu domba, riak dan seumpamanya. Diriwayatkan dari Mujahid; Dua perkara yang merosakkan puasa; mengumpat dan berbohong

3. Tidak mendengar perkara haram dan makruh

4. Mencegah anggota tubuh yang lain seperti kaki dan tangan dari segala dosa, makruh dan syubhah. Contohnya dia tidak memakan makanan yg dia tidak pasti halalnya ketika berbuka.

5. Tidak memperbanyakkan makanan yang halal semasa berbuka. Puasa sepatutnya untuk mengalahkan dan menghancurkan nafsu tetapi hal yang sedemikian adalah sebaliknya, merajakan dan memenangkan nafsu.

6. Hatinya berada di antara bimbang dan berharap selepas berbuka. Bimbang jika puasanya ditolak dan berharap agar Allah menerima ibadahnya tersebut

Puasa khusus lagi khusus

Selain daripada perkara di atas, ia juga memelihara hatinya dari segala cita-cita yang hina dan segala fikiran duniawi dan apa-apa yang menghalangnya dari mengingati Allah. Dan hasilnya mereka sentiasa berfikir tentang redha Allah dan hari akhirat tanpa langsung memikirkan dunia kecuali memikirkan dunia untuk akhirat. Tidak banyak penjelasn tentang puasa ini. Inilah puasa para Nabi, siddiqin dan muqarrabin.

Suatu kisah tentang puasa;
[Sesesorang telah berkata kepada al-Ahnaf bin Qais: "Tuan sudah terlalu tua dan puasa itu akan melemahkan tuan". al-Ahnaf menjawab: "Saya berpuasa sebagai persediaan untuk suatu perjalanan yang jauh. Dan bersabar untuk mentaati Allah adalah lebih mudah daripada bersabar menghadapi azab-Nya".]

No comments:

Post a Comment