Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 27: IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH


Riwayat Hidup

1. Nama sebenar Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali

2. Dilahirkan pada 450H/1058M

3. Digelar al-Ghazali sempena nama kampung kelahirannya Ghazalah

4. Berasal dari keluarga miskin

5. Bapanya pemintal bulu kambing yang soleh

6. Al-Ghazali seorang yang bijak, kuat ingatan, tekun, petah berpidato dan berpegang teguh kepada syariat Islam

7. Kuat beribadat, zuhud dan tidak menyukai dunia

8. Digelar Hujjatul Islam kerana cekap dan kuat membela Islam

9. Merupakan ulama, ahli fikir dan ahli falsafah terkemuka

10. Meninggal pada 505H/1111M di Tus

Pendidikan

1. Belajar menulis dari sahabat bapanya di Tus

2. Belajar di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam al-Malik

3. Beliau mempelajari membaca, menulis, menghafaz al-Quran, ilmu nahu, Bahasa Arab dan fiqah

4. Melanjutkan pelajaran ke Jarjan seterusnya ke Naisabur

5. Di sana beliau belajar daripada Abu al-Maala, Diyauddin al-Juwaini yang digelar Imam al-Haramain

6. Dengannya Imam Ghazali belajar fiqah, ilmu kalam, dan falsafah

7. Kemudian mendalami ilmu usul mengikut aliran al-Asyairah

8. Belajar teori dan amali sufi daripada ketua ahli sufi al-Faramadi

9. Belajar tasawuf daripada Abu Bakar al-Warak dan Abu Bakar at-Tusi

Penglibatan dengan Pendidikan

· Setelah kematian gurunya al-Faramadi dan Imam beliau al-Haramain beliau berpindah ke Askar kerana jemputan perdana menteri Nizam al-Muluk untuk memberi pengajaran dan menjadi penasihat agung

· Dilantik sebagai pengajar kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad

· Ramai ulama dan ahli politik menghadiri kelasnya

Sumbangan

1. Penasihat agung perdana menteri Nizam al-Muluk

2. Pengajar kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad

3. Pendokong fahaman al-Asyairah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)

4. Menolak fahaman falsafah yang meresap ke dalam ilmu kalam

5. Pelopor golongan sufi

6. Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang. Antaranya;

Ihya’ Ulumuddin

Al-Manqiz min ad-Dhalal

Tahafatul Falasafah

al-Wajiz

Kata-kata imam al-Ghazali yang masyhur

“Semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu”

“Semua orang berilmu akan binasa kecuali orang yang beramal dan ikhlas”

“Ilmu tanpa amal adalah sesat”

“Berilmu tanpa amal adalah sia-sia”

5 comments: