Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 25: IMAM AHMAD BIN HAMBAL

Riwayat Hidup

1. Nama sebenar ialah Ahmad b Muhammad b Hambal

2. Dilahirkan di Baghdad, Iraq pada 164H/780M

3. Salasilahnya bertemu dengan keturunan rasul pada Mazan b Maad b Adnan

4. Terkenal dengan Ibnu Hambal sempena nama datuknya

5. Bapanya meninggal semasa beliau masih kecil

6. Ibunya Sufiah bt Abdul Malik as-Syaibani dari kabilah Amar

7. Imam Ahmad seorang yang miskin

8. Terpaksa mengambil upah menjual kain dan membawa barang-barang di jalan untuk menyara hidup

9. Tidak menerima hadiah atau pemberian orang tanpa membuat kerja kerana sangat mementingkan pendapatan halal

10. Mementingkan kebersihan dan kekemasan

11. Gemar warna putih

12. Pendiam, suka berfikir dan tegas menentang kemungkaran

13. Tidak sombong

14. Mengasihi seseorang kerana Allah

15. Bergaul dengan fakir miskin dan selalu membantu mereka

16. Kurang bersahabat dengan orang besar

17. Tidak takut celaan dan dibenci orang

18. Banyak melakukan ibadah (solat 300 rakaat sehari. Selepas dijatuhkan hukuman solat 150 rakaat sehari)

19. Membaca 1/7 al-Quran setiap hari Khatam al-Quran setiap 7 hari

20. Meninggal pada 231H/855M ketika berusia 77 tahun dan disemadikan di Baghdad

Pendidikan

1. Ke mana pergi beliau akan membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu

2. Sangat mencintai ilmu

3. Menghafaz al-Quran dan mempelajari bahasa Arab

4. Mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu seperti Kufah, Basrah, Syam dan Yaman

5. Gurunya yang masyhur ialah Imam Syafei, Sufian b Uyainah dan Yahya b Said al-Qattan

6. Terkenal sebagai mujtahid yang bijak

Sumbangan

1. Menghasilkan buku antaranya;

a. Al-Musnad – mengandungi 40 000 hadis

b. Tafsir al-Quran, an-Nasikh Wal Mansukh, al- Muqaddimu Wal Muakkhiru, at-Tarikh, al-Manasik al-Kabir

2. Melindungi hadis daripada pemalsuan melalui kajian dan penyelidikannya

3. Pendokong Mazhab Hanbali

4. Melahirkan ramai murid yang terkemuka seperti Abu Bakar b Hani’ dan Taqiyuddin Ahmad b Taimiah

Kehebatan Imam Amad

1. Digelar al-Hakim kerana menghafaz lebih 700 000 hadis

2. Kata Imam Syafei “aku tidak tinggal seorang yang lebih baik….lebih tahu hukum selain daripada Ahmad b Hambal”

Antara cara Imam Ahmad mensabitkan hukum

1. Tidak menggunakan hadis dhaif dalam mensabitkan hukum

2. Berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram di segi matan atau sanad


5 comments:

  1. Terima kasih kepada semua yang ada di dalam tempoh yang sama kalah di Kajang pun tidak akan bawa perkara ini ialah bukti pembayaran

    ReplyDelete
  2. Bukti teliti mensabit hukum takde ker

    ReplyDelete
  3. Bukan Imam Ahmad bin Hanbal ke

    ReplyDelete