Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 24: IMAM SYAFEI RAHIMAHULLAH


Riwayat hidup

1. Nama sebenar ialah Muhammad b Idris b al-Abbas b Othman b Syafi’ b as-Saib.

2. Bertemu dengan keturunan Nabi pada datuknya Abdul Manaf

3. Dilahirkah di Ghazzah, Asqalan, Palestin pada 150H/767M

4. Ayah dan bondanya berasal dari Mekah

5. Mereka menziarahi Palestin ketika Imam Syafei dalam kandungan ibunya

6. Ayahnya meninggal di sana dan selepas itu Imam Syafei dilahirkan

7. Mereka kembali ke Mekah ketika Imam Syafei berusia dua tahun

8. Gelaran Syafei diambil sempena datuknya

9. Beliau mempunyai ingatan yang kuat, terang hati, rajin dan peribadi yang sangat tinggi

10. Meninggal pada 204H/820M di Mesir

Pendidikan

1. Mula belajar al-Quran ketika berusia lima tahun dan menghafaznya ketika berusia 9 tahun

2. Menghafaz kitab al-Muwatta ketika berusia 10 tahun

3. Sentiasa berada di samping gurunya apabila gurunya mengajar

4. Mendalami pelbagai ilmu

5. Menguasai semua lahjah dan budaya arab

6. Mahir dalam penulisan dan mampu menggubah syair dan sajak

7. Di Mekah beliau belajar hadis daripada Sufian b Uyainah, Muslim b Khalid al-Zanji, Said b Salam al-Quddah, Daud b Abdul Rahman al-Atar dan Abdul Majid b Abdul Aziz

8. Belajar ilmu al-Quran daripada Ismail b Qastantin

9. Di Madinah beliau belajar daripada Imam Malik b Anas, Ibrahim b Abi Yahya as-Sami, Muhammad b Said b Abi Fadil dan Abdullah b Nafi’

10. Mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk belajar

11. Mengajar hadis di dalam kitab al-Muwatta

Sumbangan

1. Mengasaskan kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadis sahih

2. Tidak menerima kaedah istihsan

3. Mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan hukum

4. Berijtihad mengikut tempat dan masa. Kaul Qadim di Baghdad dan Kaul Jadid di Mesir

5. Berhujjah dengan golongan anti hadis

6. Beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam bidang ibadah

7. Mengarang kitab antaranya ar-Risalah, al-Um dan al-Musnad

8. Mempunyai ramai murid yang terkenal

9. Digelar bapa usul fiqh kerana merupakan orang pertama menulis buku di bidang tersebut ‘al-Musnad’

No comments:

Post a Comment