Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 23: IMAM MALIK RAHIMAHULLAH


Riwayat hidup

1. Nama sebenar Malik b Anas b Malik b Amir al-Haris

2. Dilahirkan di Madinah pada tahun 93H

3. Datuknya Malik b Amir adalah ulama Tabiin yang terkemuka

4. Moyangnya Amir adalah sahabat terkemuka dan pernah berperang bersama Nabi kecuali peperangan Badar

5. Dididik sejak kecil menghormati ibubapa, orang dewasa dan guru

6. Berbadan tegap, kuat serta berpakain bersih dan cantik

7. Mempunyai pandangan yang bernas

8. Mempunyai pendirian yang teguh

9. Bijaksana, cerdas dan kuat ingatan

10. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan menziarahi jenazah

11. Banyak membantu orang yang mempunyai hajat dan tidak suka mencela orang

12. Seorang yang tawadduk

13. Tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Nabi

14. Meninggal pada 179H/798M ketika usia 86 tahun

15. Dikebumi di perkuburan Baqi’

Pendidikan

1. Menghafal al-Quran dan Hadis sejak kecil

2. Imam dalam ilmu hadis

3. Mempelajari pelbagai bidang ilmu seperti Hadis, fiqah dan lain-lain daripada beberapa guru

4. Berguru dengan lebih kurang 900 guru darpada Tabiin dan Tabi Tabiin

5. Guru pertamanya ialah Imam Abdul Rahman b Hamzah

6. Pernah belajar Hadis daripada Ibnu Syihab az-Zuhri dan ilmu ar-Ra’yu daripada Rabiah b Abdul Rahman (Rabiah ar-Ra’yu)

Imam Malik sebagai guru

1. Mula mengajar ketika usia 17 tahun

2. Para ulama antaranya az-Zuhri dan Rabiah mengiktiraf kebolehannya sebagai guru

3. Gurunya sendiri menghadiri majlis ilmu Imam Malik antaranya Muhammad Muslim az-Zuhri

4. Ramai pelajarnya yang datang dari negeri-negeri yang jauh

Penghormatan Imam Malik kepada Hadis

1. Apabila ditanya berhubung hadis beliau akan mandi, memakai pakaian yang bersih, bauan dan serban terlebih dahulu sebelum memberikan jawapan

2. Beliau berpegang teguh dengan hadis

Sumbangan Imam Malik

1. Pengasas Mazhab Maliki

2. Menghasilkan karya, kitabnya yang tekenal ialah Al-Muwatta

3. Kitab tersebut menjadi rujukan yang sangat penting terutama di bidang hadis, tafsir dan fiqah

Ketegasan Imam Malik

1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya

2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam

3. Berani menegur Khalifah Abu Jaafar al-Mansor yang meninggikan suara ketika bermuzakarah dalam majlis ilmu

4. Berpegang dengan prinsip murid mencari guru dan tidak mengira kedudukan

5. Menolak cadangan untuk menjadikan kitab al-Muwatta sebagai sumber rasmi perundangan negara

11 comments:

  1. Nama sebenar imam malik bukan ke Malik bin Anas bin Abu Amir al-Ashabi bin Amru bin Al-Harith??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wikipedia tidak boleh dipercayai kerana wiki boleh diedit oleh sesiapa

      Delete
    2. Malik bin Anas bin Malik bin Amir al-Haris nama yang sebenar.

      Delete
    3. Tapi kenapa ehh Dalam buku pendidikan quran Dan sunnah kata bin Ammar subbhi/sabbhi

      Delete
  2. Cari la dkt buku teks tingkatan 4 pelajaran 23 bab Sirah

    ReplyDelete
  3. Kite berbalik kepada buku teks jika kekeliruan

    ReplyDelete
  4. Buku teks form 4 kata nama sebenarnya Malik b Anas b Malik b Amir al-Haris.

    ReplyDelete