Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 22: IMAM ABU HANIFAH

Riwayat hidup

1. Namanya ialah Nu’man b Thabit

2. Dilahirkan di Kufah pada 80H/699M

3. Keturunan Parsi

4. Ayahnya peniaga kain

5. Dikenali dengan Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah

6. Dibesarkan dengan kehidupan senang dan mewah

7. Terdidik dengan perniagaan

8. Berpendidikan tinggi dan teguh dengan hukum Allah

9. Berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi

10. Sering bangun malam untuk solat sunat dan membaca al-Quran

11. Meninggal pada 767M ketika berusia 70 tahun

Pendidikan

1. Banyak peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke peringkat tertinggi

2. Mempelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang

3. Hamad b Abi Sulaiman – guru fiqah yang banyak memberi sumbangan kepadanya (18 tahun)

4. Berguru dengan ulama Tabiin dan beberapa sahabat Rasul antaranya Anas b Malik, Abdullah b Abi Aufa, Abdullah b al-Hassan, Zaid b Ali, Abdullah b al-Haris dan Ma’qal b Yasar

5. Muridnya yang masyhur seperti Abu Yusuf, Yaacob b Ibrahim al-Ansari al-Kufi, dan Zafrul Hazil b Qais al-Kufi

Kaedah hukum yang digunakan beliau

Al-Quran

Al-Sunnah

Al-Ijma’

Al-Qias

Al-Istihsan

Al-Uruf

Sumbangan beliau kepada tamadun Islam

1. Kebanyakan masa digunakan untuk mengajar di masjid

2. Berfikir secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqah

3. Ulama pertama menyusun kitab fiqah mengikut bab dan fasal

4. Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah tertentu

5. Teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis

6. Antara kitabnya ialah Al-Fiqh Al-Akbar dan Kitab Al-Faraid

7. Seorang yang amat teliti terhadap hadis

8. Pengasas Mazhab Hanafi

Ujian yang dihadapi Imam Abu Hanifah

1. Pernah dipenjara dan disebat 100 kali

2. Dipenjara kerana menolak jawatan jurutulis surat rasmi kerajaan Bani Umayyah

3. Dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad

4. Meninggal dunia dalam penjara

9 comments: