Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 18: GADAIAN DAN SYARIKAT

PENGERTIAN GADAIAN

Bahasa

Menahan sesuatu

Istilah

Menjadikan sesuatu barangan yang bernilai sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman

Rukun Gadaian

Penggadai

Rukun Gadaian

Pemegang Gadai

Barang Yang Di Gadai

Bayaran

Ijab Dan Kabul

Syarat-syarat sah gadaian

1. Harta yang digadai itu sah untuk dijual beli

2. Penggadai dan pemegang gadai akil baligh

3. Gadaian dibuat dengan kerelaan

4. Barang kepunyaan sendiri

5. Tidak boleh merugikan penggadai

6. Tidak boleh merugikan pemegang gadai

Perkara-perkara yang membatalkan gadaian

1. Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai

2. Penggadai telah membayar semua hutangnya

3. Barang yang digadai terpaksa dijual kerana perintah mahkamah

4. Pemegang gadai membatalkan gadaian

5. Penggadai meninggal dunia

6. Barang yang digadai rosak

7. Barang yang digadai telah disewa, dihibah atau disedekah kepada orang lain

Hikmah gadaian

1. Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan

2. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang

3. Memudahkan seseorang mendapatkan hutang modal bagi memulakan perniagaan

4. Memberi peluang umat Islam mengembangkan ekonomi

5. Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain

Perbezaan amalan gadaian Islam dengan gadaian bukan Islam

Gadaian Islam

Gadaian Bukan Islam

Cara

Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal

Barang gadaian akan lupus jika tidak ditebus dalam tempoh gadaian

Cara pembayaran

Nilai barang dan upah

Nilai barang termasuk faedah

Kesan

Membantu meringankan kesusahan

Membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur-unsur riba

PENGERTIAN SYARIKAT

Bahasa

Bercampur atau berkongsi

Istilah

Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara di antara dua pihak atau lebih

Rukun syarikat

Bil

Rukun

Syarat

1

Ahli syarikat

berakal, baligh, merdeka dan kemahuan sendiri

2

Modal

samada barang atau kepakaran

3

Lafaz akad

mengandungi keizinan untuk membelanjakan harta tersebut

Perkara yang membatalkan syarikat

1. Syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi

2. Kematian salah seorang rakan kongsi

3. Salah seorang rakan kongsi murtad dan lari ke negara musuh

4. Hilang kelayakan seperti gila

5. Rakan kongsi membatalkan penyertaan dalam syarikat

Hikmah syarikat

1. Salah satu cara memajukan ekonomi bangsa dan negara

2. Dapat membesarkan lagi perniagaan

3. Dapat membimbing ke arah kerjasama

4. Mengeratkan silaturrahim

5. Memupuk sifat amanah dan jujur

12 comments: