PENGERTIAN HUTANG
Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang, barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan jumlah yang sama oleh orang yang berhutang
Hukum memberi hutang adalah sunat dan menjadi wajib dalam keadaan tertentu. Manakala membayar hutang adalah wajib.
Rukun berhutang
1. Penerima dan pemberi hutang
2. Barang yang diberi hutang – milik penuh pemberi hutang
3. Sighah – akad pemberian hutang
Perbezaan hutang dengan riba
Hutang
|
Riba
| |
Pengertian
|
Memberikan sesuatu barang atau manfaat kepada seseorang yang perlu dikembalikan dengan jumlah yang sama
|
Bunga atau pertambahan dalam urusan jual beli, hutang atau pinjaman serta pertukaran barang sejenis seperti mata wang, perak dan makanan
|
Hukum
|
Memberi hutang sunat dan membayar adalah wajib
|
Haram memberi atau menerima
|
Kesan
|
Wujud silaturrahim
|
Wujud penindasan dan permusuhan
|
Tujuan
|
Membantu mereka yang susah
|
Mengambil faedah daripada kesusahan orang lain
|
Cara bayaran
|
Nilai tetap dan tidak bertambah walaupun dalam masa yang lama
|
Nilai bertambah
|
Hikmah hutang
1. Membantu golongan susah
2. Mengelak daripada sikap malas dan suka meminta-minta
3. Mengelak penindasan pihak kaya kepada yang miskin
4. Menjaga kepentingan kedua belah pihak
5. Memberi peluang orang miskin membaiki taraf ekonomi mereka
PENGERTIAN INSURANS
Satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan menggembleng usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila ditimpa musibah
Jenis-jenis insurans
Insurans nyawa
|
Memberi perlindungan ke atas risiko kematian dan hilang upaya
|
Insurans am
|
Memberi perlindungan kepada orang yang menghadapi kerugian pendapatan atau harta
|
Prinsip insurans
1. Pemegang polisi bekerjasama antara satu sama lain bagi mengadakan manfaat bersama
2. Insurans adalah satu perjanjian bantu membantu di kalangan pemegang polisi
3. Insurans adalah satu bentuk perjanjian bekerjasama memberi sumbangan yang bertujuan meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli
4. Tiada unsur ketidak pastian (gharar) pada bayaran sumbangan dan manfaat
5. Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli
6. Menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada kehilangan atau kerugian akibat ditimpa musibah atau bencana
Tujuan insurans
1. Membantu pihak yang ditimpa musibah untuk meringankan kerugian atau penderitaan yang ditanggung
2. Mendapatkan segala kemudahan perlindungan berupa manfaat pampasan atau ganti rugi jika ditimpa sesuatu musibah
3. Pemilik kenderaan akan berasa terjamin dengan sumber kewangan yang dapat membiayai kos membaiki kenderaan jika ditimpa kemalangan
Perkara yang perlu dielak dalam insurans
a. Gharar (Tidak jelas atau ketidak pastian) : samada pada sumbangan atau manfaat
b. Judi
c. Riba
PENGERTIAN SAHAM
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan
Antara syarat-syarat saham diharuskan
a. Saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba
b. Mesti mengelak daripada saham yang mempunyai pelaburan dalam industri perjudian atau perkara yang haram
c. Saham yang dibeli tidak mempunyai unsur spekulasi
d. Pelaburan saham bukan dalam syarikat yang berurusniaga dalam perkara haram
e. Saham bukan dilaburkan dalam bank konvensional
Terima Kasih,Nota Ini Sangat Membantu Saya :)
ReplyDeletethank you from sms kuala kelawang
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat nya
ReplyDeleteKalau saya fail exam hania camna?
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletesyukran jazilan
ReplyDelete