Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 17: JUAL BELI DAN SEWA

PENGERTIAN JUAL BELI

Menukar barang dengan barang mengikut cara yang tertentu

Rukun jual beli dan syarat-syaratnya

1. Penjual dan Pembeli

a. Mukallaf (akil dan baligh)

b. Kemahuan sendiri

c. Merdeka

d. Bukan dari golongan yang ditahan hartanya (bukan muflis)

e. Islam – bagi jual beli al-Quran dan Hadis

2. Barang

a. Bersih dan suci: Tidak sah jual najis - bangkai

b. Berfaedah: Tidak sah barang yang tidak berfaedah – sebiji padi

c. Kepunyaan penjual atau wakilnya

d. Boleh menyerahkan barang tersebut kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli bertangguh (jual salam)

e. Penjual dan pembeli tahu jenis, kadar dan sifat barang

3. Harga

a. Bersih: Tidak sah jika dibayar dengan arak

b. Harga milik pembeli

c. Harga mampu diserah oleh pembeli kepada penjual

d. Penjual dan pembeli tahu jenis matawang yang digunakan

4. Ijab dan Kabul

a. Tidak diselangi antara keduanya dengan perkataan lain

b. Bersamaan ijab dan Kabul

c. Tidak boleh dita’likkan

d. Tidak boleh dihadkan masa

Jual beli yang dilarang dan tidak sah

1. Menjual barang yang disimpan bagi tujuan maksiat seperti arak, dadah dan babi

2. Menjual barang yang tidak dimiliki dengan sempurna seperti menjual burung-burung di udara atau ikan di laut

3. Menjual buah yang masih ada di pokok (belum masak)

4. Menjual daging dengan daging

5. Jualan bersyarat

Jual beli yang dilarang tetapi sah

1. Beli barang dengan niat menyekat orang lain daripada membeli barang tersebut

2. Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain

3. Menyekat penjual di tengah jalan supaya dapat membeli dengan harga murah kerana mereka tidak tahu harga sebenar

4. Monopoli dalam jual beli

5. Jual beli barang halal tapi diguna untuk maksiat

6. Penipuan dalam jual beli seperti mencampur barang yang elok dengan barang yang rosak

7. Mengurangkan sukatan atau timbangan

PENGERTIAN SEWA

Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima dengan bayaran yang ditentukan

Rukun sewa

1. Penyewa dan Pemberi Sewa

a. Akil dan baligh

b. Kemahuan sendiri

c. Keadaan kedua-duanya tidak bersifat membazir

2. Bayaran Sewa

a. Bayaran dengan wang

b. Wang bayaran diketahui

c. Kedua pihak mengetahui kadar, jenis dan sifatnya

d. Keadaan bayaran tertentu

3. Manfaat

a. Berharga

b. Dapat diberikan oleh yang memberi sewa

c. Diketahui kadar dan jangka masa

Syarat-syarat sah sewa

1. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan kontrak sewa

2. Barang yang disewa memberi faedah dan diharuskan oleh syarak

3. Barang yang disewa bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa seperti menyewakan rumah kepada isteri

4. Pekerjaan yang menjadi tujuan sewa bukan fardhu atau wajib kepada orang yang memberi sewa

5. Manfaat yang dipersetujui boleh digunakan

Tamat kontrak sewa

1. Barang yang disewa hilang atau musnah

2. Batal kontrak

3. Kontrak sewa tamat dengan sebab tamat tempoh

4. Tidak menepati syarat-syarat kontrak

5. Barang yang disewa rosak

6 comments: