Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 13: LAMBAIAN KAABAH (Unit 4)

UNIT 4

CARA MENGERJAKAN HAJI DAN JENIS-JENIS DAM

Cara

Pengertian

Kebaikan dan kesan

Ifrad

Mengerjakan Haji dan Umrah berasingan

1. Umrah sebelum masuk bulan haji, diikuti haji,

atau

2. Haji dahulu diikuti Umrah

Kebaikan

~ Afdal

~ Tidak kena dam

~ Ikut sunnah Nabi

Kesan

~ Masa panjang,

~ lebih kos, masa dan tenaga

Tamattuk

Mengerjakan Haji dan Umrah berasingan iaitu Umrah dahulu dalam bulan Haji, kemudian melakukan haji

Kebaikan

~ Lapang masa

~ Selesa

Kesan

~ Kena dam

~ Kurang pahala

Qiran

Mengerjakan Haji dan Umrah secara serentak

Kebaikan

~ Jimat masa

~ Jimat belanja dan tenaga

Kesan

~ Kena dam

~ Pahala kurang

Pengertian Dam

Bahasa

Darah

Istilah

Denda yang dikenakan ke atas jemaah Haji kerana meninggalkan perkara wajib atau melakukan perkara yang dilarang atau mengerjakan Haji secara Tamattuk atau Qiran

Jenis-jenis Dam

Tertib

Ta’dil

Takdir

Takhyir

Dibayar mengikut susunan

Boleh dibayar mengikut nilaian harga dam

Di bayar mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan

Boleh memilih mana-mana yang di tetapkan

Dam Tertib dan Ta’dil

Kesalahan

Denda

Melakukan persetubuhan yang merosakkan Haji sebelum Tahallul Awal

1. Sembelih seekor unta, jika tidak mampu

2. Sembelih seekor lembu, jika tidak mampu

3. Sembelih 7 ekor kambing, jika tidak mampu

4. Beli makanan dengan nilai seekor unta dan sedekah kepada fakir miskin di Mekah, jika tidak mampu

5. Puasa ikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga seekor unta

Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke Mekah setelah berniat Ihram, hendaklah dia bertahallul

1. Sembelih seekor kambing, jika tidak mampu

2. Beli makanan dengan nilai harga seekor kambing dan disedekahkan

3. Puasa ikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai harga seekor kambing

Dam Tertib dan Takdir

Kesalahan

Denda

1. Ihram Tamattuk/Qiran

2. Tidak wukuf

3. Tidak melakukan Wajib Haji

4. Tidak melakukan Tawaf Widak

1. Sembelih seekor kambing, jika tidak mampu

2. Puasa 10 hari (3 di Mekah dan 7 di tanahair)

Dam Takhyir dan Ta’dil

Kesalahan

Denda

1. Memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal

2. Memotong, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram

1. Menyembelih binatang yang sama bandingannya bagi binatang yang diburu (pokok besar-binatang besar dan pokok kecil-binatang kecil)

2. Beri sedekah makanan kepada fakir miskin ikut nilai binatang yang disembelih

3. Puasa ikut bilangan cupak yang boleh dibeli ikut nilai binatang sembelihan

Dam Takhyir dan Takdir

Kesalahan

Denda

1. Memotong atau mencabut bulu pada badan

2. Mengerat kuku

3. Memakai pakaian yang dilarang

4. Memakai minyak rambut atau janggut

5. Memakai bau-bauan

6. Melakukan perkara yang mendorong persetubuhan

7. Melakukan persetubuhan kali kedua

8. Melakukan persetubuhan selepas Tahallul awal

1. Menyembelih seekor kambing, atau

2. Sedekah kepada 6 orang fakir miskin, 2 cupak seorang

3. Puasa 3 hari

Hikmah Dam

1. Supaya manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadat

2. Supaya sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan Haji

3. Supaya bersungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa ibadat Haji

4. Supaya menunaikan ibadat Haji dengan teratur

1 comment:

  1. Nice ๐Ÿ’™❤️๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’œ๐Ÿ–ค♥️๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•❣️๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Œ๐Ÿ’˜

    ReplyDelete