Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 13: LAMBAIAN KAABAH (Unit 1)


UNIT 1
KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH


Pengertian Haji dan Umrah serta hukumnya
Haji
Umrah
di segi
Bahasa
Mengunjungi tempat mulia
Ziarah
di segi
Istilah
Mengunjungi Baitullah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu
Menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa dengan syarat-syarat tertentu
Hukum
Wajib
Sunat

Upah Haji
Melakukan Haji bagi pihak orang lain
Hukum – harus



Sebab diharuskan upah Haji
1. Meninggal dunia
2. Tidak mempunyai keupayaan fizikal

Syarat orang yang mengambil upah Haji
1. Telah menunaikan Haji bagi dirinya
2. Mengambil upah bagi seorang sahaja dalam satu musim
 
Hikmah upah Haji
1. Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan Haji bagi dirinya
2. Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan Haji bagi pihaknya
3. Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibubapa atau keluarga yang telah meninggal

Hikmah Haji
Individu
Masyarakat
· Menghapuskan dosa kecil
· Membersihkan jiwa daripada maksiat
· Meningkatkan keimanan
· Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah
· Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
· Mengingati sejarah kecemerlangan tamadun Islam
· Saling berkenalan sesama umat Islam
· Membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam
· Mengadakan perbincangan mengenai permaslahatan ummah
· Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh Islam
· Menyatupadukan umat Islam tanpa mengira bangsa dari seluruh dunia

4 comments: