Friday, July 8, 2011

PELAJARAN 13: LAMBAIAN KAABAH (Unit 2)


UNIT 2
CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH
Syarat wajib Haji
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Berkuasa/berkemampuan 





Maksud berkuasa
1. Mampu menyediakan tambang dan segala perbelanjaan bagi menyediakan ibadat Haji
2. Mempunyai nafkah yang mencukupi untuk tanggungan yang ditinggalkan
3. Mempunyai kenderaan pergi dan balik
4. Selamat perjalanan pergi dan balik
5. Ada kesempatan masa
6. Bagi orang perempuan hendaklah mempunyai teman (mahram atau dua orang perempuan yang dipercayai)
7. Bagi isteri perlu mendapat izin suami


Rukun Haji dan Umrah

1. Niat ihram
Hikmah niat
a. Menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah
b. Hanya memikirkan kebesaran dan keagungan Allah
c. Mengharapkan keredhaannya


2. Wukuf
Berada di Padang Arafah walaupun hanya sekejap di antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

Hikmah Wukuf
a. Mengingati pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa
b. Menimbulkan keinsafan bahawa manusia adalah sama
c. Mengingatkan perhimpunan di Padang Mahsyar pada hari Kiamat kelak


3. Tawaf
Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah.


Jenis-jenis Tawaf
a. Tawaf Qudum (tawaf selamat datang)
b. Tawaf Ifadah (tawaf rukun)
c. Tawaf Widak (tawaf selamat tinggal)
d. Tawaf Sunat (boleh dikerjakan pada bila-bila masa)

Syarat-syarat Tawaf
a. Menutup aurat
b. Suci daripada hadas
c. Dilakukan sebanyak 7 kali
d. Mula dan berakhir di penjuru Hajar Aswad
e. Dilakukan dalam masjid dan di luar Kaabah


4. Saei
Berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali

Syarat-syarat saei
1. Mula di Safa dan berakhir di Marwah
2. Tujuh kali
3. Dilakukan selepas tawaf rukun
4. Dilakukan dengan perjalanan biasa
5. Niat saei semasa mula di Safa
6. Menjadikan Kaabah di sebelah kiri

Hikmah Saei
a. Mengenang peristiwa Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail
b. Mendidik manusia supaya tabah dan cekal


5. Bercukur
Mencukur atau mengggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai

Masa bercukur
a. Haji – Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah. (Mengikut Imam Syafei wajib dilakukan di Tanah Haram sebelum hari Nahar)
b. Umrah – Setelah selesai mengerjakan Saei

Hikmah bercukur
a. Simbol membersihkan diri daripada sifat tercela
b. Menghapuskan dosa


6. Tertib
Dilakukan mengikut susunan

Hikmah tertib
a. Mendidik umat Islam supaya berdisiplin


Perbezaan rukun Haji dan Umrah
Rukun Haji
Rukun Umrah
- Niat Haji
- Wukuf
- Tawaf
- Saei
- Bercukur
- Tertib
- Niat Umrah
- Tawaf
- Saei
- Bercukur
- Tertib
*Tiada wukuf        

17 comments:

  1. nama saya hazim zakaria, saya nk tanya..... ibadah haji menguji kesabaran, berikan hujah anda.

    ReplyDelete
  2. nama saya amirul syafiq,, saya nk tanya...apakah hukum kalau pergi mengerjakan haji dlm keadaan berhadas besar?

    ReplyDelete
  3. bapak ahh...memang lengkap dan padat....trimas

    ReplyDelete
  4. saya nak tanya dah berak ke belom

    ReplyDelete
  5. Well it is good for revision thank you

    ReplyDelete
  6. HI IM FROM KOREA IM BTS

    ReplyDelete