Wednesday, July 6, 2011

PELAJARAN 12: TUNTUTAN TAUBAT

Pengertian taubat

Kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangan Nya

Hukum taubat

Wajib bagi orang yang telah melakukan dosa

Sunat bagi orang yang tiada dosa

Masa seseorang diwajibkan bertaubat

Setelah melakukan dosa atau kesalahan

Syarat-syarat taubat

1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan

2. Berhenti melakukan maksiat

3. Berazam tidak akan mengulangi

4. Memohon maaf daripada Allah

5. Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak orang lain

Syarat taubat diperlukan kerana

1. Supaya Allah menerima taubat yang dilakukan

2. Supaya dosa seseorang itu benar-benar terhapus

3. Supaya taubat dilakukan dengan ikhlas

4. Supaya taubat tidak dipermainkan

5. Supaya dosa yang dilakukan tidak diulangi lagi

Cara bertaubat

1. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan

2. Berhenti melakukan maksiat

3. Berazam tidak akan mengulangi

4. Memohon maaf dengan orang yang berkaitan jika dosanya berkaitan dengan hak orang lain

5. Solat sunat taubat

6. Beristighfar

Hikmah taubat

1. Memberi peluang orang yang berdosa kembali ke jalan Allah

2. Memberi ketenangan hati

3. Mendapat keampunan Allah

4. Mendekatkan diri kepada Allah

5. Meningkatkan keimanan

6. Mendapat balasan syurga di akhirat

7. Mengembalikan silaturrahim

Implikasi tidak bertaubat

1. Dosa akan terus bartambah

2. Dimurkai Allah

3. Dimasukkan ke dalam neraka diakhirat kelak

4. Terus dibenci oleh masyarakat sekeliling

5. Hidup tidak tenang

6. Amalan tidak akan diterima oleh Allah

Sebab diwajibkan menyegerakan taubat

1. Mati boleh datang bila-bila masa

2. Taubat tidak diterima apabila hampir mati

3. Tidak menjadi sebati dengan dosa

10 comments: