Wednesday, November 25, 2015

PELAJARAN 20: PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH



Latar Belakang Kerajaan Abbasiyyah (KA)
1.        Namanya diambil sempena nama bapa saudara Rasul iaitu al-Abbas
2.        Penubuhannya adalah realisasi idea Bani Hasyim bahawa mereka lebih layak menyandang pemerintahan Negara
3.        Bermula tahun 132H/750M dan berakhir 650H/1258M
4.        37 orang khalifah
5.        Perlantikan khalifah secara warisan (wilayah al-ahdi)]
6.        Banyak dipengaruhi oleh sistem pentabiran Parsi
7.        Struktur pemerintahan KA



 

Khalifah-Khalifah KA yang terkenal
Abu Al-Abbas Abdullah as-Saffah
·         KA yang pertama
·         132H-136H (4 tahun 9 bulan)
·         Pengasas KA
·         Menghapuskan pemberontakan
·         Menjadikan Baghdad sebagai ibukota

Abu Jaafar al-Mansor
·         Saudara kandung as-Saffah
·         136H-158H(22 tahun)
·         Menjadikan Baghdad sebagai ibukota
·         Memperbaiki sistem cukai
·         Membuat saliran
·         Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang strategi

Harun ar-Rasyid
·         KA yang paling warak dan terkenal
·         170H-182H(23 tahun)
·         Memerintah al-Qadhi Abu Yusuf  supaya menulis buku tentang cukai sehingga terhasilnya kitab al-Kharaj
·         Menubuhkan Baitul Hikmah yang menjadi pusat perkembangan ilmu
·         Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan
·         Membina prasarana seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian


Al-Makmun
·         Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun
·         198H-218H(20 tahun)
·         Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang
·         Menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang

Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyyah
1. Faktor dalaman;
·         Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya
·         Galakan Khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitul Mal untuk ulama dan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah
·         Dasar KA yang menyamakan kedudukan bangsa Arab dan bukan Arab
·         Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan di bidang ilmu dan perdagangan antarabangsa

2. Faktor luaran;
·         Pembukaan wilayah baru
·         Penggunaan bahasa Arab secara meluas yang mendorong pemahaman al-Quran dan hadis
·         Hubungan diplomatik KA dengan negara luar
·         Usaha pedagang Islam berdakwah menerusi perdagangan mereka

Kesan positif penyebaran Islam

a. Di Segi akidah
1.        Berubah daripada kepercayaan menyembah berhala seperti majusi dan sabiah kepada kepada menyembah Allah
2.        Masjid dibina merata-rata
3.        Sarjana Islam berjuang memurnikan akidah umat Islam daripada ideologi yang menyeleweng seperti muktazilah. Antaranya Imam al-Ghazali

b. Ilmu Pengetahuan
1.        Prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah disediakan
2.        Ilmu yang terdapat pada masa itu seperti ilmu al-Quran, Hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah

c. Kebudayaan
1.        Kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih dikekalkan seperti seni bina masjid dan bangunan

d. Sistem Kemasyarakatan
1.        Melaksanakan keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit
2.        Khalifah al-Mahdi menubuhkan Diwan al-Mazalim untuk mengadili kes-kes rayuan
3.        Beri peluang orang bukan Arab khususnya Parsi, memegang jawatan utama kerajaan. Contoh, melantik Khalid bin Barmak yang berbangsa Parsi sebagai al-Wazir
4.        Orang bukan Islam mendapat layanan yang baik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing
5.        Pada 175H, Al-Laith bin Saad telah memberi fatwa supaya dibina semula gereja yang dirobohkan oleh gabenor Mesir

2 comments: