Wednesday, November 25, 2015

PELAJARAN 17: KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN



1.        Anak adalah amanah Allah
2.        Ibubapa wajib menjaga, mendidik dan menunaikan segala hak sebagaimana yang ditetapkan syarak
3.        Ibubapa yang berkemahiran akan dapat membentuk anak-anak mereka menjadi soleh dan berjaya di dunia dan akhirat
4.        Kecuaian ibubapa menunaikan tanggungjawab akan menyebabkan anak menjadi liar, rosak akhlak dan tidak bertanggungjawab

Cara Melaksanakan Tanggungjawab

1.        Semasa Mengandung
a.        Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat
b.        Menunaikan kewajipan agama
c.        Banyak bersabar
d.        Melazimi membaca al-Quran
e.        Menjaga akhlak
f.         Berdoa supaya dikurnia anak soleh
g.        Memastikan keselamatan diri dan kandungan
h.        Melakukan pemeriksaan kesihatan
i.         Menjaga pemakanan
j.         Banyak berehat bagi mengelak tekanan perasaan

1.        Selepas Memperolehi Anak
a.        Terhadap bayi baru lahir
·         Azan dan iqamah di telinga bayi
·         Mentahnik
·         Menamakan dengan nama yang baik
·         Mencukur rambut
·         Akikah
b.        Memberi Pendidikan Islam seperti mengajar rukun iman dan prinsip syariat
c.        Memberi pendidikan moral seperti menanam akhlak dan budi bahasa yang luhur dalam diri anak-anak
d.        Pendidikan Jasmani seperti penjagaan kesihatan, kebersihan dan bersukan
e.        Pendidikan intelektual seperti pendidikan yang berkaitan dengan akal dan pemikiran
f.         Pendidikan Ruhani seperti sifat-sifat terpuji
g.        Pendidikan sosial seperti adab-adab dalam bergaul


Hikmah Melaksanakan Tanggung Jawab Keibubapaan
1.        Anak-anak membesar dengan selamat
2.        Kesihatan anak-anak terpelihara
3.        Anak-anak terbiasa dengan amalan Islam sejak kecil
4.        Mengasah bakat dan intelektual anak-anak
5.        Melatih mereka dengan budi pekerti yang baik

No comments:

Post a Comment