Saturday, July 9, 2011

PELAJARAN 35: ZIKRULLAH PENGUBAT HATI

Pengertian berzikir

Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Ianya penting untuk menghubungkan manusia dengan penciptanya

Adab berzikir

1. Menyebut lafaz zikir dengan betul

2. Memahami maksud lafaz zikir tersebut

3. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas

4. Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat nas al-Quran dan Hadis

5. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah

6. Menggunakan suara yang perlahan

7. Perbanyakkan zikir dalam suasana genting

8. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat

9. Tidak berzikir semasa qada hajat

Sebab perlunya beradab ketika berzikir

1. Supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain

2. Untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat

3. Selaras dengan sunnah Rasulullah s.a.w

4. Supaya zikir diterima Allah

5. Berdisiplin dalam menunaikan ibadat

Hikmah beradab ketika berzikir

1. Dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya

2. Mendapat ketenangan jiwa kerana berzikir dengan beradab memberi kesan kepada jiwa seseorang

3. Mendidik jiwa supaya sentiasa mengingati Allah

4. Mendapat pahala

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

1. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah

2. Mudah dikuasai Syaitan dan sukar mengawal nafsu

3. Lupa tanggungjawab terhadap agama

4. Berada dalam keadaan gelisah



1 comment: