Saturday, July 9, 2011

PELAJARAN 34: ADAB MENZIARAHI JENAZAH


Adab menziarahi jenazah
1. Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah
2. Menunaikan solat jenazah
3. Membantu keluarga jenazah dalam urusan pengebumian
4. Melahirkan perasaan dukacita kepada warisnya
5. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah
6. Mengingatkan mereka supaya bersabar dengan ujian Allah
7. Mengucap takziah kepada keluarga jenazah tidak melebihi 3 hari dari hari kematian
8. Sunat membanyakkan membaca ayat al-Quran
9. Berdoa untuk jenazah
Perkara-perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah
1. Kesal terhadap kematian seperti meratap dan meraung
2. Membebankan keluarga jenazah dengan permintaan yang mereka tidak mampu
3. Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah atau bergurau senda
4. Tidak redha dengan takdir Allah


Hikmah menziarahi jenazah
1. Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah
2. Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahlinya
3. Memberi keinsafan bahawa kematian adalah sebahagian daripada qada Allah yang perlu diterima semua makhluknya
4. Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain

6 comments: