Thursday, April 13, 2017

DOA MAJLIS RUNDING CARA IBU BAPA PENJAGA PELAJAR CEMERLANG (TARGET) SPM 2017





-          Pembukaan doa -


Allahumma, ya Allah berkatilah majlis kami pada pagi ini, iaitu Majlis Runding Cara Ibubapa Penjaga Pelajar cemerlang (Target) SPM 2017 yang akan disempurnakan oleh tuan pengetua SMK Jelawat, Puan Rohana bt Mamat


Ya Allah, Engkaulah sebaik-sebaik perancang dan engkaulah sebaik-baik pemberi keputusan. Oleh itu berkatilah apa yang kami rancangkan pada hari ini dan perelokanlah hasilnya nanti kepada kami dan anak-anak didik kami. Jadikanlah runding cara antara ibubapa, penjaga, guru dan anak-anak pelajar pada hari ini sebagai satu perbincangan yang bermakna, mencapai kata sepakat dan menjadi pendorong kepada semua pihak untuk menjadi lebih gigih dalam mencapai cita-cita dan hasrat murni semua pihak, khususnya bagi membolehkan para pelajar target pada hari ini mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini


Ya Allah, dengan riayah dan inayahMu, kami memohon agar dikurniakan segala keberkatan dan keafiatan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke 15 Sultan Muhammad ke 5 dan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan.  Peliharakanlah Baginda serta lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan patuh dan taat kepada Mu


Dipohonkan juga ya Allah, taufik dan hidayah yang berkekalan ke atas baginda.


Kurniaan yang sama dipohon kepada seluruh usrah diraja sekeliannya


-          Penutup doa -

Klik DI SINI untuk download

1 comment:

  1. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    ReplyDelete