Wednesday, March 23, 2016

Cara menjawab soalan K B A T

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni ustaz nak cuba kongsi berkenaan KBAT, sekadar pengetahuan ustaz. KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) mula diperkenalkan dalam SPM 2014, katanya. Tetapi yang jelasnya SPM 2015 mengandungi 7 soalan KBAT, 4 soalan (wajib jawab 3) dalam Kertas 1 dan 3 soalan dalam Kertas 2. Setiap soalan diperuntukkan 4 markah. Jumlah markah bagi semua soalan KBAT yang wajib jawab adalah 24 markah. Banyak tu 24 markah.

Ustaz rasa semua calon SPM dah maklum bahawa teknik menjawab soalan KBAT adalah berbeza dengan teknik menjawab soalan-soalan lain sebelum ini. Mungkin ianya agak payah dan mengelirukan, tambahan pula soalan KBAT masih baru dalam peperiksaan SPM. Kerana teknik menjawabnya yang berbeza itu, apa yang pelajar perlu buat terlebih dahulu ialah mengenalpasti soalan KBAT terlebih dahulu. Ok, kita lihat beberapa ciri soalan KBAT

Ciri-ciri Soalan KBAT
  1. Mempunyai STIMULUS. Stimulus ni secara mudahnya ialah ransangan. Ia bertujuan merangsang pemikiran pelajar. Stimulus boleh datang dalam pelbagai bentuk, samada dalam bentuk ayat, cerita, gambar, graf, angka dan sebagainya. 
  2. Diperuntukkan 4 markah dan tidak dinyatakan jumlah jawapan yang dikehendaki. Ada juga soalan KBAT yang stimulusnya agak kabur. Macam takde jer. Yang ni kita kena kesan melalui markah yang diperuntukkan. Kalau markah 4 dan soalan kata, jelaskan dua atau terangkan dua...jadi ada dua tu menunjukkan bukan KBAT le soalan tu.
  3. Kata soal yang digunakan biasanya agak canggih....contohnya...berikan hujjah, komen, pendapat, bagaimana dan lain-lain lagi

SOALAN KBAT DALAM SPM 2015


Kertas 1:  Stimulusnya agak kabur. Tetapi lihat cara peruntukan markah dan kata tugas
Kertas 1:  Stimulusnya jelas



Kertas 1 Stimulusnya jelas


Kertas 2: Stimulusnya jelas
Kertas 2: Stimulusnya jelas

TEKNIK MENJAWAB KBAT

Ok, setelah kenal soalan KBAT, kita tengok pula teknik menjawabnya pula;
  1.  Jawapan mesti ada 4 perkara. (Isi + Huraian + Huraian Lanjut + Kesimpulan). Markahnya 1 markah utk 1 perkara atau tahap tu, Nak dapat 4 markah, jawapan mesti sampai kepada 4 tahap tu.
  2. Jawab dalam bentuk ESEI, bukan dalam bentuk POIN. Kalau jawab dalam bentuk poin mungkin satu sahaja jawapan yang diterima. Saya cadang, tulis satu ayat untuk satu perkara. Jawapan mesti ada 4 perkara, maka tulislah dalam 4 ayat. Kalau 2 perkara terus tulis dalam satu ayat tak apa, tapi ianya boleh mengelirukan pemeriksa. Guna jawapan yang paling jelas dan mudah bagi pemeriksa.
  3. Jawapan KBAT selalunya terbuka. Apa sahaja boleh diterima asalkan munasabah pada ke empat-empat tahap tu.
  4. Contoh deskriptor soalan KBAT



Deskriptor
Skor
Menyatakan fakta sahaja
1m
Menyatakan fakta berserta huraian yang ringkas
2m
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas dan lengkap serta disokong dengan hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan
3m
Menyatakan fakta berserta huraian yang jelas dan lengkap serta disokong dengan hujah/dalil/peribahasa/kiasan/kesan dan ada kesimpulan atau rumusan
4m

Saya cuba hurai sikit
  • Fakta - ialah jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Tengok soalan macamana. Jawab soalan tu dulu. Macam soalan paling atas..kenal pasti....maka kita kenal pasti dulu. Kalau tanya setuju atau tidak, jawab dulu setuju atau tidak. Sebaiknya tak payah ulang soalan atau tak payah tulis kerana kat depan (kalau soalan mengapa), terus tulis  jawapan.
  • Huraian - biasa tuliskan mengapa anda menjawab seperti di atas. tulis alasan atau sebab kenapa jawapan anda begitu.
  • Huraian Lengkap - Huraian lengkap boleh kita pilih mana-mana satu. Hujah atau dalil atau peribahasa  atau kiasan atau kesan. Rasanya yang paling mudah, ambil je kesan. Kesan daripada jawapan kita atau kesan daripada huraian kita.
  • Kesimpulan - boleh bagi rumusan atau cadangan. Sebaiknya jangan ulangi soalan atau ayat yang dah tulis dalam huraian atau huraian lanjut. Kalau nak ambil yang samapun ubah-ubah sikit perkataan.

Contoh jawapan 


Jawapan

Menghidangkan arak (1m - Isi). Ini kerana ianya akan menjadikan tetamu mabuk (1m - H). Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara tetamu (1m - HL kesan). Kesimpulannya susuatu majlis perkahwinan mestilah terhindar daripada sebarang maksiat (1m - K)



Wallahu a'lam


10 comments: