Wednesday, November 25, 2015

UNIT 4: MAHAR DAN WALIMATUL URUS


UNIT 4
MAHAR DAN WALIMATUL URUS


MAHAR

Pengertian Mahar
Pemberian wajib daripada suami kepada isteri samada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.

Hukum Mahar adalah wajib
Hukum menyebunya  dalam akad adalah sunat

Jenis Mahar
Mahar Musamma
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
Mahar Misl
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan isteri

Kadar Mahar – Bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak. Sebaik-baik mahar ialah yang sederhana kadarnya

Syarat Mahar – semua barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah

Hikmah Mahar
1.        Melahirkan keikhlasan suami untuk berkongsi hidup
2.        Sebagai tanda kesanggupan suami untuk berumahtangga
3.        Sebagai persiapan pertama suami untuk memikul tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri
4.        Menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk mula hidup baru bersama suami
5.        Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita

WALIMATUL URUS

Pengertian Dan Hukum Walimatul Urus
Kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

Hukumnya mengadakanya ialah sunat suakkad
Hukum menghadirinya apabila dijemput adalah wajib

Syarat wajib menghadiri
1.          Dijemput oleh orang Islam yang mukallaf
2.          Tiada unsur maksiat dalam kenduri tersebut
3.          Tidak membezakan orang kaya dengan orang miskin

Adab Walimatul Urus
1.        Diadakan secara sederhana
2.        Tidak membazir
3.        Bukan untuk riak dan bangga diri
4.        Tiada unsur maksiat dan khurafat
5.        Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

Hikmah Walimatul Urus
1.        Melahirkan rasa syukur kerana dapat membina rumahtangga
2.        Melahirkan rasa gembira di atas ikatan perkahwinan
3.        Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin
4.        Pengisytiharan pasangan terbabit telah menjadi suami isteri
5.        Mengikut ajaran agama dan sunnah Rasul s.a.w

2 comments:

  1. Terima kasih untuk maklumat ini. Minta izin untuk guna maklumat ini untuk kerja kolej saya , ok.

    ReplyDelete
  2. yg penting tidak membazir jamuan majlis tu..

    ReplyDelete