Wednesday, November 25, 2015

PELAJARAN 31: HAMKA PERMATA NUSANTARA



Biodata
1.        Nama beliau Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim
2.        Dilahirkan pada 1362H/1908M di Minangkabau, Sumatera Barat
3.        Bapanya seorang ulama terkenal
4.        Menerima banyak anugerah kerana jasa dan sumbangannya
5.        Meninggal pada 1981M ketika berusia 73 tahun

Keperibadian HAMKA
Peribadi
Bukti
Petah berpidato
Pernah berpidato dalam radio Arab Saudi
Berjiwa seni
§ Menghasilkan banyak karya seperti novel, syair dan pantun
§ Gaya bahasanya yang menusuk kalbu
Berani
§  Mengetuai front pertahanan nasional
§  Mengkritik kepincangan kerajaan Indonesia
§  Sanggup di penjara

Pendidikan HAMKA
1.        Belajar al-Quran dan asas agama daripada bapanya
2.        Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang
3.        Banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk membaca

Kegigihan HAMKA Mengembangkan Dakwah Islamiah Di Nusantara
1.        Menerbitkan majalah Khatibul Ummah pada usia 17 tahun
2.        Mengasaskan Persatuan Hindia Timur pada 1927 untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia
3.        Menganggotai Pertubuhan Muhammadiah
4.        Mengasaskan Kolej al-Muballighin pada 1935M
5.        Menerbitkan majalah Pedoman pada 1936M dan beberapa majalah dakwah yang lain
6.        Dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Pertubuhan Muhammadiah pada 1935M

Sumbangan HAMKA Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran
1.        Tokoh ulama yang melakukan pembaharuan besar di Nusantara
2.        Karya-karya beliau menyentuh kehidupan umat Islam di rantau ini secara langsung
3.        Penyambung idea Islah Sayyid Jamaluddin al-Afghani
4.        Tafsir al-Azhar karangannya memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan ilmu umat Islam

Hasil-Hasil Karya HAMKA
Bidang agama
Tafsir al-Azhar, Tasawuf  Moden, Arkanul Islam dan Revolusi Agama
Bidang falsafah
Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Falsafah Ideologi Islam dan Pandangan Hidup Muslim
Bidang sastera
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Laila Majnun, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Menunggu Beduk Berbunyi


4 comments: