Wednesday, November 25, 2015

PELAJARAN 27: IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG



Biodata
1.        Nama beliau Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad
2.        Dilahirkan di Tunisia pada 732H/1332M
3.        Berketurunan Arab Yaman yang berhijrah ke Andalusia
4.        Bapanya seorang sarjana
5.        Apabila Tunisia diserang wabak taun pada 749H, beliau berhijrah ke Algeria, Fez, Granada, Bijayah (Bougie) dan Mesir
6.        Pernah menyandang beberapa jawatan penting negara;
·         Setiausaha negara
·         Anggota Majlis Ilmiyyah dan Anggota Jabatan  Setiausaha Sulit di Fez, Maghribi
·         Duta Granada
·         Hajib (Perdana Menteri) Bijayah
·         Qadhi al-Qudha’ (Ketua Hakim Negara) Mesir
7.              Meninggal pada 808H ketika berusia 87 tahun di Mesir

Keperibadian Ibnu Khaldun
1.        Tekun mencari ilmu
·         Belajar pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sejak kecil
·         Walaupun sibuk dengan tugas beliau terus menuntut ilmu
·         Beliau bijak membahagi masa untuk berkhidmat dan menuntut ilmu
2.        Berjiwa pemimpin
·         Pernah menjadi pegawai tertinggi istana dan ketua hakim negara. Semua jawatan diperolehi berdasarkan keupayaan dan kecekapan beliau
3.        Kreatif
·         Menghasilkan karya, antaranya ‘Muqaddimah Ibnu Khaldun’

Pendidikan Ibnu Khaldun
1.        Belajar asas agama dan Bahasa Arab daripada bapanya dan beberapa guru lain
2.        Belajar ilmu fardhu kifayah seperti ilmu mantik, falsafah, sains dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim al-Abiliyyi
3.        Semasa di Fez, beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisanuudin bin al-Khatib pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada)

Sumbangan Ibnu Khaldun
1.        Memberi idea dan panduan terbaik tentang asas pembinaan tamadun manusia
2.        Pelopor pemikiran moden terutamanya di bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan
3.        Menghasilkan banyak karya yang bermutu seperti Muqaddimah Ibnu Khaldun dan at-Ta’rif Bi Ibni Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan


Perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan laporan sejarah mengikut Ibnu Khaldun
1.        Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab
2.        Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku
3.        Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku
4.        Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Gelaran Kesarjanaan Ibnu Khaldun
1.        As-Sadru al-Kabir
2.        Al-Faqih al-Jalil
3.        Al-Allamah
4.        Imam al-Aimmah
5.        Jamal al-Islam Wa al-Muslimin

No comments:

Post a Comment