Wednesday, November 25, 2015

PELAJARAN 10: AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



Maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)
Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, hadis dan perkara yang dibawa oleh sahabat Nabi serta menentang bidaah

Nama lain bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.        Ahli Sunnah
2.        Al-Jamaah
3.        Al-Salafu as-Soleh
4.        Ahlul Hadis
5.        Sunni

Sejarah Kemunculan
Muncul setelah berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Orang yang mompopularkan Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.          Abu Hassan al-Asyaari
2.          Abu Mansor al-Maturidi

Prinsip-Prinsip akidah ASWJ
1.        Berpegang teguh dengan al-Quran dan Hadis
2.        Berpegang dengan prinsip-prinsip as-Salafu as-Soleh
3.        Merujuk al-Quran bila bertelingkah
4.        Tidak mencela/mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
5.        Tidak menghukum kecuali ada bukti

Maksud as-Salafu as-Soleh
Ulama yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah

Pandangan ASWJ terhadap beberapa isu
1.     Al-Quran bukan makhluk
Al-Quran adalah kalam Allah yang Qadim. Ia bukan makhluk

2.     Melihat Allah
Orang mukmin dapat melihat Allah di Syurga pada hari kiamat kelak

3.     Pelaku dosa besar
Mereka masih dikira mukmin  tetapi dianggap fasik

4.     Iman bertambah dan berkurang
Iman bertambah bila melakukan suruhan Allah dan berkurang bila melakukan maksiat

5.     Qada dan Qadar
Qada dan Qadar berlaku dengan kebijaksanaan Allah sejak azali lagi. Allah mengatur segala perkara yang terjadi di alam ini samada baik atau buruk

Kepentingan berpegang dengan aqidah ASWJ
1.        Dapat membersihkan aqidah daripada kesesatan
2.        Amalan diterima kerana akidahnya betul
3.        Hidup diredhai Allah kerana berada di landasan yang betul
4.        Tidak sesat kerana berpandukan al-Quran dan sunnah

Cara untuk memelihara pegangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah
1.        Belajar akidah daripada guru yang diiktiraf
2.        Sentiasa merujuk kepada al-Quran dan Hadis
3.        Sentiasa bergaul dengan alim ulama
4.        Menghindari orang yang terlibat dengan ajaran yang lain


MAZHAB SYIAH  DAN KHAWARIJ

Syiah
Golongan yang bercita-cita menjadikan Ali b Abi Talib sebagai Khalifah



SYIAH IMAMIAH

Berpendapat jawatan IMAM hanya layak disandang oleh AHLI BAIT

·         Jawatan Imam anugerah Allah seperti Nabi. maksum. Layak disandang oleh 12 orang dari ahli bait. Imam menamakan penggantinya
·         Tolak hadis yang diriwayatkan oleh bukan ahli bait
·         Imam ke 12 iaitu Muhammad al-Mahdi akan muncul sebagai IMAM MAHDI
·         Beramal dengan TAQIYYAH (sembunyi iktikad sebenar bila berhadapan dengan orang yang berlainan iktikad)
·         Harus KAHWIN MUTAAH





SYIAH ZAIDIYYAH

Diasaskan oleh ZAID b Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah

·         Pelaku dosa besar berada di antara mukmin dan kafir
·         Perbuatan manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah

Catitan
Menolak pegangan Imam maksum, taqiyyah dan Imam mahdi



SYIAH BATINIAH

Berpendapat al-Quran mempunyai makna zahir dan MAKNA BATIN yang hanya difahami oleh Imam mereka

·         Ali dan Imam-imam mereka adalah Tuhan
·         Imam Muhammad b al-Hanafiah masih hidup
·         Menghalalkan beberapa maksiat seperti minum arak


Catitan
Syiah paling radikal



KHAWARIJ

Golongan penyokong Saidina Ali yang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima MAJLIS TAHKIM

·         Pelaku dosa besar adalah kafir
·         Mengkafir dan menghalalkan darah orang Islam yang berbeza iktikad dengan mereka / bukan khawarij
·         Sumber syariat hanya a-Quran sahaja

Langkah memelihara akidah
1.        Mempelajari asas akidah berdasarkan akidah ASWJ
2.        Belajar dari guru yang diiktiraf
3.        Memantapkan iman dengan amalan sunat seperti doa
4.        Menjauhkan diri dari pengamal ajaran sesat agar tidak terpengaruh
5.        Menunaikan perintah Allah dan menjauhkan larangannya untuk memantapkan akidah
6.        Sentiasa berpegang dengan al-Qur.an dan hadis agar tidak mudah terpesong

Istilah
Kafir
Orang yang ingkar salah satu prinsip akidah yang dijelaskan dalam al Quran dan Hadis
Musyrik
Orang yang menyekutukan / menyamakan Allah dengan sesuatu samada pada zat, sifat atau perbuatan
Munafik
Orang yang beriman di luar tetapi kufur di dalam hati
Fasik
Orang Islam yang melakukan dosa besar atau dosa kecil secara berterusan
Mulhid
Orang yang tidak beragama / atheis
Murtad
Orang yang keluar dari Islam


22 comments:

  1. Terima kasih atas nota ni.harap dapat membantu saya mengenal islam dgn lebih dekat.dan memperbaiki markah exam pai saya

    ReplyDelete
  2. Harap A+exam tahun 2019 ni...amin

    ReplyDelete
  3. Hai esok pagi dh nk peksa spm doa dooa

    Kn lah saya dpt A.......

    ReplyDelete
  4. doakan lah spm saye pai dapat A AMINNNNN

    ReplyDelete
  5. laman web ini banyak membantu
    terima kasihhh

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas nota ini izinkan saya untuk fotostat bagi memudahkan pelajaran saya di dalam jelas.

    ReplyDelete
  7. very impressive and hope who just use this notes will be more know about islam it is ☺

    ReplyDelete