Friday, July 3, 2015

PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN ISI TEMPAT KOSONG

Assalamualaikum
Doa ustaz semoga semua calon-calon SPM sihat wal afiat. Ingat, masa sentiasa berjalan, manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin. Setahun bukannya lama. Pejam celik pejam celik, dah sampai di ambang peperiksaan. Bulan November, biasanya bulan bagi peperiksaan SPM

Kali ustaz nak kongsikan beberapa panduan dalam menjawab bahagian Isi Tempat Kosong (ITK). Ada juga yang panggil Bahagian Struktur. Sama je lah tu. ITK terletak dalam Kertas 1 Pendidikan Islam, dalam bahagian A. Ada 20 soalan dan semuanya wajib dijawab. Markah diperuntukkan ialah 20 markah. 1 markah bagi 1 soalan.

Beberapa peringatan untuk bahagian ini ialah;

1. Jawab di kertas jawapan yang disediakan. Sape-sape yang jawap pada kertas soalan mungkin tidak akan diperiksa

 

 2. JANGAN tulis 2 JAWAPAN untuk satu nombor. Tulis 2 nombor, kalau dua-dua betul tak apa. Kalau dua-dua salah pun tak apa, tentunya jadi salah. Tapi kalau 1 betul dan 1 lagi salah, maka jawapannya dikira salah. Sebab tu tulis SATU JAWAPAN sahaja untuk setiap nombor

3. Hati-hati dengan ejaan. Biasanya akan ada 1 atau 2 soalan yang pelajar kena jawab dengan istilah arab. Dalam mata pelajaran pendidikan Islam ada banyak istilah, maklumlah agama Islam kan datangnya dari tanah arab. Tolong perhati sikit cara ejaan kesemua istilah tersebut. Dalam pemeriksaan, salah eja satu huruf saja boleh dikira salah.


4. Begitu juga dengan nama tokoh. Biasanya ada 1 atau 2 nama tokoh yang ditanya. Tuliskan nama tu dengan betul. Tuliskan nama penuh. Tapi kalau tak ingat tulis sahaja setakat yang ingat.

5. Biasanya jawapan untuk ITK ringkas sahaja, satu perkataan saja. Kalau panjangpun dalam 2-3 perkataan. Kalau meleret-leret sampai 6 ke 10 perkataan tu rasanya dah terlebih panjang.

No comments:

Post a Comment