Friday, July 3, 2015

JAWAPAN SIPI (JS) DALAM PEMERIKSAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi idea dan kekuatan untuk menulis. Tanpa izin-Nya tidak satupun yang mampu kita usahakan. Oleh itu banyak-banyaklah kita bersyukur kepada-Nya. Dan marilah kita berusaha untuk menjadi hamba yang taat kepada segala titah perintah-Nya

Kali ni ustaz nak kongsikan satu istilah dalam pemeriksaan kertas Pendidikan Islam peringkat SPM. Semua ustaz ustazah yang memeriksa kertas jawapan para pelajar di sekolah tahu istilah ni iaitu JS ataupun Jawapan Sipi

JS bermaksud jawapan yang dah kena tapi tak memenuhi kehendakk pemarkahan dalam skema. Biasanya JS ada pada soalan yang diperuntukkan 2 markah bagi 1 isi. Jawapan yang dikira JS akan dapat separuh markah iaitu 1 markah. JS hanya ada pada soalan subjektif sahaja, samada dalam Bahagaian B Kertas 1 atau keseluruhan Kertas 2. Bahagian Objektif dan ITK tak ada JS. Begitu dengan soalan yang diperuntukkan 1 markah untuk 1 isi, tiada JS.

Biasanya perkara-perkara berikut dikira JS dan dapat 1 markah daripada 2 markah;

1. Soalan jelaskan. Pelajar jawab dengan sepatah perkataan sahaja. Sepatutnya jawab dalam bentuk ayat yang terdiri dari sekurang-kurangnya 3 perkataan

2. Soalan terangkan. Pelajar jawab tanpa huraian. Sepatutnya dalam jawapan ada isi dan huraian

3. Soalan beza. Pelajar jawab di satu pihak betul tetapi di pihak satu lagi salah. Sepatutnya kedua-dua belah betul baru dapat markah penuh, 2 markah.

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment