Saturday, July 4, 2015

HATI-HATI DENGAN SOALAN BERFOKUS

Assalamualaikum
Dalam hidup ini kita kena sentiasa ada fokus. Bagi pelajar, fokus anda ialah mencapai mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Dan kena ingat, fokus terakhir bagi kita sebagai orang Islam ialah mendapat redha Allah di hari akhirat kelak. Di mana jua kita berada JANGAN KITA KEHILANGAN FOKUS HIDUP

Soalan peperiksaanpun kadang-kadang ada fokus juga. Ramai pelajar yang kehilangan fokus semasa menjawabnya, menyebabkan jawapan mereka salah. Mereka rasa dah jawab dengan baik, rupanya tersesat kerana hilang fokus

Contoh soalan berfokus;

1. Jelaskan dua kesan haji kepada individu

2. Nyatakan dua syarat sah sembelihan pada binatang

3. Terangkan cara berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia

4. Jelaskan dua usaha yang dapat anda lakukan untuk memelihara kebersihan

Yang berwarna merah adalah fokus soalan. Jadi kena prihatin, jangan terlepas pandang. Sepatutnya bulatkan fokus tersebut supaya tidak lupa tentang fokus tersebut bila menulis jawapan. Dan jawapan anda semestinya berkisar pada fokus tersebut. Malah lebih mantap kalau jawapan anda dimulakan dengan fokus tersebut ataupun ada perkataan fokus tersebut dalam jawapan anda. Itu lebih selamat


No comments:

Post a Comment