Sunday, July 5, 2015

CARA JAWAB SOALAN ~ S E L E S A I K A N ~

Assalamualaikum wbt

Soalan "selesaikan". Seingat ustaz, tak pernah jumpa rasanya soalan selesaikan sebelum ni dalam Pendidikan Islam SPM. Tup tup...tiba-tiba SPM 2014 keluar. Ada yang kata ianya KBAT, ada yang kata belum KBAT lagi. Tak pastilah. Tapi ustaz dengar ramai pelajar yang tak boleh jawab, tak tahu nak jawab macamana. Maklumlah sebelum ni tak pernah jumpa kata tugas (kata soal) selesaikan.
 
 soalan selesaikan 2014

Di sini ada baiknya kalau pelajar faham kehendak kata tugas 'selesaikan'. Nah ini dia kehendak kata tugas selesaikan;

"Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / 
prinsip / teori secara spesifik / 
berbentuk poin tanpa memberi hubungan /
 perkaitan / penerangan lanjut bagi setiap satunya "


                                      

Maknanya bagi soalan yang kata tugas selesaikan

1. Kena cari dan keluarkan point sebanyak mungkin dari 'cerita' yang diberi

2. Point tu maksudnya cari situasi/keadaan dan nyatakan hukum. Macam ganti soalan hukum dan alasan je soalan selesaikan ni

2. Jawab dalam bentuk point. Tak perlu kaitan antara point-point tersebut

Contoh soalan;


 


Cadangan jawapan

~ Sunat (1m) berkahwin kerana En Ali telah mampu (1m)
~ Haram (1m) berkahwin dengan wanita bukan Islam (1m)
~ Harus (1m) berkahwin jika perempuan tersebut memeluk Islam (1m)

hukum 1 mrkah
situasi 1 markah 

Wallahu a'lam

 


No comments:

Post a Comment