Saturday, May 25, 2013

PELAJARAN 12: PERKAHWINAN DALAM ISLAM

 Pengertian Perkahwinan
Bahasa : Cantum /himpun
            Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang membawa maksud nikah    untuk menghalalkan persetubuhan lelaki dan perempuan

Hukum Perkahwinan :
Hukum
Keterangan
Harus
Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya
Wajib
Mampu zahir dan batin,dikhuatiri terlibat dengan zina
Sunat
Mampu zahir dan batin, tidak dikhuatiri terlibat dengan zina
Makruh
Tidak mampu nafkah zahir tetapi berkeinginan berkahwin
Haram
Tidak mampu dan yakin akan melakukan kezaliman kepada pasangan.



 Hikmah Perkahwinan :
a. Menjamin Kesihatan – mengelakkan daripada penyakit kelamin
b. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
c. Menjalinkan silaturrahim antara kedua belah pihak
d. Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.

Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamin Kebahagiaan :
a. Iman dan takwa
b. Kasih sayang dan kasihan belas
c. Pergaulan yang baik


 Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan :
a. Ilmu dan akhlak
b. Fizikal dan mental
c. Ekonomi yang stabil


 Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam:

Implikasi
Keterangan

Diri

- Dikenakan tindakan undang-undang
- Dipandang serong
Keluarga
- Nama baik keluarga akan tercemar.
Masyarakat
- Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang-undang


 Langkah Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Islam :

Langkah
Keterangan
Perhatian ibu bapa/ masyarakat
Pastikan perkahwinan mengikut undang2
Program agama
Memberikan penjelasan tentang undang-undang keluarga Islam
Tindakan undang-undang
Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hokum syarak dan undang2


1 comment: