Assalamualaikum wbt...
Kali ni saya nak kongsi intipati kuliah subuh jumaat 1 Mac baru ni kat masjid dekat rumah saya.
Antara isi yang masih saya ingat ialah
berkenaan dengan doa. Kita kenalah banyak-banyak berdoa kepada Allah.
Kalau boleh dalam setiap perbuatan kita, kita berdoa kepada Allah. Doa
banyak tak apa. Tuhan tak pernah jemu mendengar doa kita. Tuhan Maha
mendengar, dia akan mendengar semua perkara termasuk doa. Walaupun
diulang-ulang. Berbeza dengan manusia, sesama manusia, kalau terlalu
kerap memintapun akan menjadi masalah juga. Akan mendatangkan rasa jemu,
bosan dan menyampah kepada orang yang diminta. Ibu bapa sendiripun
kalau anak-anak asyik minta perkara yang sama, berulang-ulang kali,
mungkin akan menaikkan kemarahan ibu bapa. Tuhan tidak begitu, makin
banyak, makin kerap kita minta, makin hampir dengan makbul-Nya.
Malah kalau perhati dalam wuduk sahaja
ada banyak doa yang dianjurkan kepada kita untuk membacanya. Ketika basuh tangan,
berkumur, basuh muka, basuh kaki, basuh muka dan setiap perbuatan wuduk
semuanya ada doa yang khusus.
Ketika basuh muka, kita dianjurkan
supaya berdoa yang maksudnya " Ya Allah putihkanlah mukaku pada hari
muka manusia dihitamkan". Hari muka manusia menjadi hitam maksudnya hari
akhirat yang mana muka orang-orang yang ingkar dan berdosa kepada Allah
menjadi hitam legam. Manakala orang-orang yang beriman mukanya akan
menjadi putih berseri-seri. Ketika itu tidak ada apa lagi dapat dibuat
kecuali menyesali kejahatan semasa di dunia dan celakalah nasib mereka
yang hitam wajahnya itu pada masa itu.
Dikatakan pernah seseorang bertanya
kepada Nabi SAW tentang bagaimana baginda akan dapat kenal umatnya di
padang Mahsyar sedangkan manusia terlalu ramai pada hari itu. Lalu jawab
baginda ianya seperti mengenal biri-biri putih yang berada dalam
kalangan biri-biri hitam. Walaupun bilangannya banyak tetapi ia dapat
dikenali dengan mudah dengan sekali pandang saja.
Manakala ketika membasuh kaki kita
diajarkan berdoa yang maksudnya "Ya Allah teguhkanlah kakiku". Teguh di
sini termasuklah supaya tidak mudah jatuh, tidak tergelicir atau
tersandung semasa berjalan. Jatuh ketika berjalan pun bahaya juga. Tapi
yang lebih penting ialah minta Allah teguhkan kaki kita di atas
jalan-Nya yang lurus, iaitu syariat Islam. Jangan kita rasa selesa
dengan keimanan kita pada hari ini. Orang yang jauh lebih hebat dari
kitapun ada yang tergelincir akidahnya menjadi munafik, musrik dan
macam-macam lagi. Dengan cabaran dan tipu daya yang berterusan ulamapun
ramai yang tergelincir, sebab tu ulama dibahagi kepada dua iaitu ulama
betul dan ulama suk (sesat).
Satu lagi kita kena ingat, kita pasti
akan meniti titian sirat di akhirat kelak. Titian ni digambarkan seperti
rambut belah seribu. Cuba bayangkan kaki yang macam manakah yang akan
mampu menyeberanginya dengan selamat. Sebab tu kita diajar supaya baca
doa teguhkan kaki tu. Moga-moga kita tidak jatuh ke dalam neraka yang
terbentang di bawahnya dan berjaya sampai kepada matlamat hidup kita
sebagai seorang mukmin iaitu syurga Allah azza wajalla
Wallahu a'lam
*tulisan di atas dah ditokok tambah dari ceramah asal
BOLEH LIHAT DOA-DOA DALAM WUDUK DI SINI
DOA-DOA DALAM WUDUK
Assalamualaikum...
ReplyDeletePengisian yang bagus untuk memperingatkan diri tentang mengambil wuduk..