Sunday, January 13, 2013

SETIAP AMAL ADALAH MENGIKUT NIAT


 عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِامْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Daripada Umar bin Al-Khattab r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya.
HADIS :RIWAYAT MUSLIM

Berdasarkan hadis di atas, setiap amalan akan dibalas mengikut niatnya. Kalau dalam soal ibadah, jika seseorang itu beribadah kerana Allah, maka dia akan mendapat pahala daripada Allah. Tetapi jika dia beribadah untuk menunjuk-nunjuk, maka dia akan mendapat pujian dari orang yang ditunjuknya itu. Tapi dia tak akan dapat apa-apa daripada Allah.

Kalau dalam konteks pelajar pula, jika seseorang pelajar itu datang ke sekolah dengan niat untuk menuntut ilmu, maka dia akan dapat ilmu. Jika datang ke sekolah kerana nak berkawan, maka dia akan dapat kawan. Kalau datang untuk mencari pasangan, dia akan dapat pasangan. Mungkin juga ada yang datang ke sekolah dengan niat yang bercampur-campur, nak belajar, nak berkawan, nak hilangkan sunyi duduk di rumah dan lain-lain lagi. Orang macam ni mungkin tak dapat apa-apa. 

Dalam banyak-banyak niat, yang paling baiknya ialah niat datang ke sekolah untuk belajar kerana Allah. Orang yang macam ni, insya Allah akan dapat pelajaran serta dapat keredhaan dari Allah. Orang yang berniat seperti ini tidak akan membuang masa di sekolah, tidak akan bermain-main di dalam kelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada pengajaran guru kerana dia tahu tujuannya datang ke sekolah adalah untuk belajar. Dia juga akan menghindari dirinya daripada perkara-perkara negatif kerana agar tidak terpesong dari niatnya.

Kerana itu marilah kita perbetulkan niat masing. Lagipun kita masih berada di awal tahun, masih belum terlambat untuk membetulkan apa-apa yang salah terutamanya niat kita datang ke sekolah setiap hari.

No comments:

Post a Comment