Sunday, January 20, 2013

JANGAN MENGAJAK KE ARAH MAKSIAT

Ada orang bertanya kepada saya, apakah hukum orang yang mengajak ke arah maksiat. Jawabnya tentulah haram. Melakukan maksiat berdosa. Mengajak ke arahnya tentulah berdosa malah mungkin lebih besar. Membenci dalam hati jika melihat sesuatu maksiat merupakan iman yang paling lemah. Melihat maksiat tanpa ada rasa benci sudah dianggap sebagai tiada iman. Jika mengajak kepada maksiat, tentulah lebih teruk daripada itu.

Maksiat tu banyak. Semua perkara yang derhaka kepada Allah adalah maksiat. .Zina, arak, mencuri, membunuh itu adalah contoh maksiat yang biasa. Makan bangkai, babi atau apa-apa binatang yang tidak disembelih atau yang diharamkan dalam Islam juga adalah maksiat. Pendek kata, kalau nak tulis satu persatu, tak habis nak tulis.Senangnya semua perkara yang berdosa adalah maksiat.

Perlu diingatkan bahawa kerja mengajak ke arah maksiat adalah kerja syaitan, orang kafir dan orang-orang yang sesat. Orang mukmin tidak akan sekali-kali melakukan kerja ini. Orang mukmin sepatutnya mencegah perbuatan maksiat, bukannya mengajak ke arah maksiat. Beberapa tempat di dalam al-Quran yang menyebutkan tentang perilaku keji ini, antaranya:

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh, sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka."  Surah faatir: ayat 6

"Mereka (orang kafir) menyeru kepada neraka" surah al-baqarah: ayat 221

"Dan wahai kaumku, apa halnya dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan dan kamu pula mengajakku ke neraka". Surah ghafir: ayat 41

Ada pula yang kata, ajak main-main je. Bergurau jer. Kalau bergurau sekalipun tidak boleh. Gurauan yang begitu, jika bersahut, akan jadi betul. Dan gurauan begitu juga boleh mendedahkan orang yang mengajak itu kepada difitnah.Mungkin ada orang yang memandangnya sebagai ajakan yang betul-betul, terutamanya jika dilakukan berulang kali. Yang lebih penting lagi untuk diketahui, agama bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurau senda atau permainan sebagaimana firman Allah dalam surah al-An'am, ayat 70 yang bemaksud:
"jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka telah terpedaya dengan kehidupan dunia, dan perdengarkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka di akhirat disebabkan perbuatan mereka yang buruk dan keji. Tidak ada pelindung dan pemberi syafaat melainkan Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan diri dengan segala jenis penebusan, semuanya tidak diterima lagi. Mereka ini adalah golongan yang akan dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minuman daripada air panas yang mendidih dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur."


No comments:

Post a Comment