Sunday, December 23, 2012

KUALA LUMPUR, AKU DATANG PADA MU

Sedar tak sedar dah masuk bulan disember. Seperti biasa hujung tahun begini aku akan ke Kuala Lumpur untuk suatu tugasan, sama seperti beberapa tahun yang lepas. Ikut hati malas dah nak jalan jauh-jauh ni, tapi sekali sekala seronok juga. ya la, KL, kota kosmopolitan yang penuh warna warni. Lagipun banyak nostalgia aku yang tersimpan di KL.

1 Disember 2012, aku bertolak bersama 6 orang rakan dengan dua buah kereta. Kereta Wish tiga orang dan Estima tiga orang. Berjalan dengan kereta memang menyeronokkan. Bebas untuk berhenti mana-mana. Pantang nampak gerai buah tepi jalan, terutamanya sepanjang Pahang. Cerita pun banyak, tak pernah habis modal sepanjang perjalanan, macam-macam ada. Lebih kurang jam 10 dah sampai di Kuala Krai, berhenti breakfast dula la.

Lebih kurang pukul 2 sampai bentong. Sekali berhenti. Makan dan solat zohor serta asar secara jamak qasar. Lepas tu terus sambung perjalanan. Masuk je lebuh raya Karak, hujan mula turun. Ok jugakla, menyejukkan enjin kereta. Lebih kurang jam 6 kami selamat sampai ke destinasi. Kuala Lumpur, aku datang pada mu

No comments:

Post a Comment