Tuesday, June 5, 2012

Cara Menjawab Soalan Terangkan


Solan yang bermula dengan kata soal Terangkan biasanya berada pada aras soalan yang tinggi. Dalam SPM banyak soalan yang bermula dengan kata soal ini sama ada dalam kertas 1 ataupun kertas 2. Biasanya 2 markah diperuntukkan untuk setiap jawapan bagi soalan yang bermula dengan kata kunci ini. Kat sinilah biasanya pelajar cemerlang akan tercicir markah mereka.
Bagi soalan yang bermula dengan  Terangkan jawapan mesti;
  • ada ISI dan HURAIAN
  • jawapan yang panjang tidak semestinya mengandungi huraian
  • Jawapan yang tiada huraian akan dapat separuh markah
  • agar lebih jelas, huraian sepatutnya dimulakan dengan perkataan AGAR (diikuti tujuan), KERANA (diikuti sebab), SUPAYA (diikuti tujuan)..
  • ataupun boleh juga SEPERTI (diikuti contoh atau cara) dan PADA (diikuti masa)


Cara Menulis Jawapan Jelaskan atau Terangkan

________isi____agar/kerana/supaya/seperti _______huraian____


 
Contoh Soalan

Terangkan implikasi sekiranya rujuk tidak disyariatkan dalam Islam (SPM2010)
- 
Cadangan jawapan
  1. Suami isteri akan tertekan kerana tidak dapat bersama semula
  2. -Anak-anak akan terabai kerana ibu bapa mereka tinggal berasingan

-------------------------------------
macam tu lah baru dapat markah yang baik. Ingat! nak dapat A+ mesti dapat markah 95 ke atas bagi kedua-dua kertas.  

7 comments:

  1. Kalau soalan huraikan macam mana cikgu?

    ReplyDelete
  2. kalau soalan huraikan, kena hurailah berdasarkan soalan yang diberi. contoh, "huraikan cara-cara menjaga alam sekitar", kena hurai jawapan yang awak bagi. tak boleh bagi jawapan saja.

    ReplyDelete
  3. Soalan 2 markah jawab dalam poin ke?

    ReplyDelete
  4. kalau soalan minta terangkan dua...,kena jawab dalam poin ataupun satu ayat ?

    ReplyDelete