Tuesday, July 5, 2011

PELAJARAN 4: HIDAYAH MILIK ALLAH

Surah al-An'am: 125

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya;
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Erti Hidayah

Petunjuk Allah ke jalan yang benar kepada sesiapa yang dikehendaki

Cara untuk mendapatkan hidayah

1. Berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Allah

2. Sentiasa berdoa dan memohon hidayah

3. Mematuhi segala perintah Allah

4. Menjauhi perkara yang di larang oleh Allah

5. Berakhlak mulia

6. Bergaul dengan orang yang soleh

7. Membersihkan jiwa dari sifat tercela

8. Melakukan ibadah

Kesan hidayah kepada manusia

1. Berubah dari seorang yang tidak beriman kepada beriman

2. Peningkatan ketara dalam ibadah

3. Mengamalkan perbuatan baik

4. Meninggalkan perbuatan mungkar

5. Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah

6. Benci kepada maksiat

7. Tetap beriman sekalipun diseksa

8. Terdorong melakukan amar makruf nahi mungkar

Hukum berdakwah

Wajib

Tujuan dakwah

· Menarik minat orang bukan Islam untuk memeluk Islam

· Memelihara kesucian Islam

· Mencegah kemungkaran

Cara berdakwah yang berkesan

1. Berdakwah secara hikmah

2. Melalui perbincangan yang baik

3. Melalui pergaulan yang baik

4. Menggunakan kemudahan teknologi terkini

5. Menunjukkan akhlak yang terpuji

Pengajaran ayat

1. Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah

2. Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman dan Islam

3. Orang yang mendapat hidayah akan menerima Islam

4. Ucapan, perbuatan dan amalan orang yang menerima hidayah akan menjadi baik

19 comments:

  1. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm kurg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang kurangnya berterima kasih atas usaha empunya website sbb bantu para pelajar spm membuat revisi. Adab sebagai orang melayu dan Islam tu penting. Harap maaf.

      Delete
    2. Beradab skit, tak mcm mempersendakan agama ke tu? Mengucap segera...

      Delete
  2. Ya Allah..abaikan mereka.. bagi ku cukup indah.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info diatas.Doakan saya mendapat straight A SPM Aamiin🥰🥰

      Delete
  3. Terima kasih dengan perkongsian ini saye dapat membuat revisi saye.dah nak spm tahun nie.doakan saye.amin

    ReplyDelete
  4. Tq permudahkan urusan budak SPM macam saya ni 😊

    ReplyDelete
  5. Sangat bagus info ni....sangat membantu saya untuk menjawab percubaan exam

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMUDAHKAN URUSAN SAYA...DOAKAN KAMI PELAJAR2 YG BAKAL MENDUDUKI SPM PADA TAHUN INI DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN CEMERLANG...AAMIIN YA ALLAH...

    ReplyDelete
  7. ya ALLAH kau mempermudahkanlah urusan pelajar2 yg akan menduduki spm. amin......

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana memudahkan kami.. doakan saya cemerlang dlm perperiksaan percubaan spm tahun ni😊 macehhh hihi

    ReplyDelete
  9. Hari ni exam PAI.. terima kasih ya :)

    ReplyDelete
  10. Bagus untuk study last minute, terima kasih 🙌

    ReplyDelete