Wednesday, July 6, 2011

PELAJARAN 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH (Unit 1: Dosa-Dosa Besar)


UNIT 1
DOSA-DOSA BESAR

Pengertian dosa
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah atau Meninggalkan suruhanNya
Orang yang melanggar hukum Allah di gelar Asi

Jenis dosa
Jenis
Pengertian
Contoh
Dosa
besar
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
minum arak / berzina / derhaka kepada ibubapa
Dosa
kecil
Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
melihat aurat bukan muhrim / bercakap perkara yang sia-sia

Faktor-faktor mendorong manusia melakukan dosa besar
1. Terpengaruh dengan kawan
2. Sikap angkuh dan sombong
3. Memandang ringan terhadap hukum/azab Allah
4. Lemah iman
5. Kurang didikan agama
6. Desakan ekonomi seperti kemiskinan

DOSA BESAR YANG MESTI DIHINDARI

MENGHINA DAN MENDERHAKA IBUBAPA

Jasa Ibubapa kepada kita
1. Mengandungkan kita
2. Melahirkan kita ke dunia
3. Mendidik kita
4. Memberi nafkah kepada kita

Contoh derhaka kepada ibubapa
1. Membantah cakap mereka
2. Menengking mereka
3. Memukul mereka
4. Membiarkan mereka ketika mereka tua


















Cara berbakti kepada ibubapa
1. Mentaati suruhan mereka
2. Menziarahi mereka jika tinggal berasingan
3. Membantu mereka ketika mereka tua
4. Mendoakan mereka

MENIPU DAN BERBOHONG

Pengertian
Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain
Contoh:
1. Memalsukan dokumen
2. Tidak menepati sukatan atau timbangan dalam berjualbeli
3. Mencampurkan buah yang baik dan tidak baik dalam jualbeli



Keburukan menipu dan berbohong
1. Dibenci oleh masyarakat
2. Dimurkai Allah
3. Memutuskan silaturrahim
4. Mencetuskan perbalahan

MENCURI DAN MEROMPAK

Pengertian
Mencuri
Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin
Merompak
Mengambil hak orang lain secara kekerasan tanpa izin



Hukuman
Kesalahan
Hukuman
Mencuri
Potong tangan
Merompak sahaja
Potong tangan dan kaki secara bersilang
Merompak dan membunuh
Salib

Keburukan mencuri dan merompak
1. Masyarakat tidak tenteram
2. Kehidupan masyarakat terganggu
3. Hilang maruah diri
4. Menanam sikap malas berusaha

RIBA

Pengertian
Faedah atau pertambahan (bunga) dalam pinjaman, hutang, pertukaran makanan sejenis termasuk juga pertukaran wang

Jenis-jenis riba
1. Riba al-Fadlu
Pertambahan yang berlaku dalam pertukaran barang yang sama sepertinya
Contoh: Pertukaran beras dengan beras
2. Riba an-Nasiah
Pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Contoh: Riba kerana berhutang

Hikmah pengharaman riba
1. Membenteras kezaliman sesama manusia
2. Mewujudkan kestabilan ekonomi
3. Menggalakkan semangat tolong menolong
4. Mencegah sifat mementingkan diri sendiri
5. Mengecilkan jurang kehidupan antara orang kaya dan miskin

MAKAN HARTA ANAK YATIM

Pengertian anak yatim
Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum baligh

Sebab dilarang makan harta anak yatim
1. Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
2. Mengelak anak yatim hidup terbiar dan melarat
3. Mengelak pergaduhan dan putus silaturrahim
4. Mencabul hak anak yatim sebagai pewaris harta pusaka

LARI DARI MEDAN PERANG

Pengertian perang jihad
Peperangan antara orang Islam dan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam

Akibat lari dari medan perang
1. Dipandang hina oleh masyarakat
2. Umat Islam akan ditindas
3. Memberi peluang kepada musuh menghapuskan agama dan umat Islam
4. Menerima balasan neraka di akhirat kelak
5. Merendahkan martabat agama dan umat Islam

MENGUMPAT DAN MEMFITNAH

Pengertian
Mengumpat
Menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya
Memfitnah
Melemparkan tuduhan tanpa bukti

Sebab mengumpat dan memfitnah
1. Ingin melihat orang lain menderita
2. Takut persaingan hidup
3. Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
4. Iri hati dan hasad dengki
5. Suka bermegah dan bangga diri

Akibat megumpat dan memfitnah
1. Berlaku permusuhan dan huru hara
2. Masyarakat Islam akan huru hara
3. Putus silaturrahim
4. Hidup menderita
5. Membuka jalan kepada musuh-musuh Islam menghapuskan Islam
6. Mewujudkan masyarakat yang berpecah belah

Cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah
1. Redha dengan ketentuan Allah
2. Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
3. Sentiasa melakukan muhasabah diri
4. Selesaikan masalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah
5. Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan

17 comments: