Monday, July 4, 2011

Hak Dan Kedudukan Isteri Semasa Iddah


Soalan
Apakah panduan semasa iddah talak satu?


Jawapan:
Saya akan jawab setakat yang termampu. Ini hanyalah bagi isteri yang dalam tempoh iddah talak satu dan dua sahaja. Ataupun dipanggil talak raj'ei. Ketika dalam tempoh iddah isteri;

  • Masih di bawah tanggungjawab suami
  • Berhak mendapat nafkah zahir seperti pakaian, tempat tinggal dan hak pewarisan
  • Dilarang keluar rumah yang disediakan suami tanpa izinnya

Kerana wanita itu masih dikira isteri maka wanita itu masih berhak terhadap nafkah dan tinggal bersama suaminya. Isteri juga dibenar mendedahkan aurat kepada suaminya tetapi ditegah dari melakukan persetubuhan ataupun perkara yang mendorong ke arah itu. Pendapat yang lebih teguh mengatakan suami hendaklah merujuk terlebih dahulu dengan mengatakan "aku rujuk kepadamu" jika ingin melakukan persetubuhan

Begitu juga jika suami meninggal dunia ketika tempoh tersebut, maka isteri masih berhak untuk mendapat bahagian pusaka yang ditetapkan untuk seorang isteri.

Oleh kerana wanita masih dianggap isteri dalam tempoh tersebut, maka ia perlu mematuhi beberapa peraturan. Antaranya seperti yang ditunjuk dalam jadual di bawah;

Perkara-Perkara Yang Di Larang Semasa Iddah

Perkara yang di larang

Semasa tempoh iddah talak

Semasa tempoh iddah kematian suami

Peminangan

Haram peminangan lelaki lain secara terang atau sindiran

Haram peminangan lelaki secara terang tetapi harus secara sindiran

Keluar dari rumah yang disediakan suami

Haram tanpa izin suami kecuali keperluan yang dibenarkan syarak

Haram kecuali keperluan yang dibenarkan syarak

Menghias diri

Iddah Raj’ei – harus

Iddah Bain - sunat

Haram

Perkahwinan

Haram dengan lelaki bukan suaminya

Haram

2 comments:

  1. ustaz... saya ada dengar ada pendapat mengatakan, time iddah tu, kalau suami isteri tersebut bersetubuh, secara automatik dah kire rujuk... btul ke?

    ReplyDelete
  2. Ustaz, kl dlm edah boleh ke si isteri nak pergi buat umrah.

    ReplyDelete