Saturday, May 21, 2011

Tip Cemerlang Pendidikan Islam SPM

Assalamualaikum. Selamat menduduki peperiksaan pertengahan 2011 kepada semua calon SPM 2011. Di sini saya akan tuliskan beberapa tip yang patut para pelajar lakukan untuk mendapat markah yang terbaik bagi mata pelajaran Pendidikan Islam SPM;

1. Bagi bahagian isi tempat kosong kertas 1 - jangan tulis dua jawapan

Soalan subjektif kertas 1 dan kertas 2

2. Jawab dalam bentuk isi

3. Walaupun dalam bentuk isi tetapi mesti tulis ayat yang lengkap. Jangan tulis satu perkataan sahaja.
Contoh hikmah kahwin? Jawapan; tenang =X . Jawapan sepatut; memberi ketenangan jiwa

4. Beri jawapan lebih dari yang diminta. Jika diminta 2 jawapan, beri 4 jawapan. Semakin banyak jawapan yang diberi semakin baik.

5. Jika soalan ditujukan kepada sesuatu golongan, mulakan jawapan anda dengan golongan tersebut.
Contoh; kesan perceraian kepada anak? Jawapan; Anak akan.........

6. Bagi soalan terangkan/huraikan. Jawapan mesti mengandungi isi dan huraian. Huraian biasanya terdiri dari contoh, tujuan, masa, sebab dan cara.
Contoh; Cara bakti kepada ibu bapa yang telah meninggal? Jawapan; 1. Berdoa supaya dosa mereka diampunkan. 2. Baca Qur'an setiap malam jumaat.

7. Soalan beza, sila buat jadual dan perbezaan ditulis setara. Contoh: Beza haji dan Umrah?
Jawapan;
Haji

1. Bulan tertentu (masa)
2. Wajib (hukum)
Umrah
1. Bila2 masa (masa)

2. Sunat (hukum)

8. Jika anda tidak pasti, tulis sahaja jawapan anda secara umum.
Contoh; Masa wukuf? Jawapan; Gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah. Jawapan 9-10 zulhijjah mungkin diterima. Jawapan terbenam matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah =X.
Contoh 2: Jawatan Imam al-Ghazali. Jawapan; Pengajar di Universiti Nizamiah. Jawapan; Mengajar, mungkin diterima. Jawapan; mengajar universiti Baghdad = X
* kalau dapat jawab dengan jawapan yang tepat tentulah lagi baik


Setakat ini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi


No comments:

Post a Comment