Saturday, December 18, 2010

Mentimun vs Durian

Seperti mentimun dengan durian. Digolek pun luka, menggolek pun luka. Begitulah bunyinya peribahasa melayu. Sebagai pihak yang lemah mentimun akan sentiasa kalah samada jika ia menyerang durian mahupun bila durian menyerangnya.

Begitulah nasib yang lemah. Apa yang patut dia buat ialah duduk diam-diam. Seberapa boleh elakkan dari bertemu dan bersentuhan dengan durian. itulah cara untuk selamat bagi mentimun.

Berbalik kepada manusia pula, ukurlah diri sendiri. Adakah anda durian atau mentimun. Jika durian, lega dan dabikkan dada, kerana anda adalah pemenang yang bebas untuk bertindak. Tetapi jika anda mentimun, pandai-pandailah membawa diri, agar anda tidak terbinasa.

Tapi manusia berbeza dengan buah. Mentimun dan durian sudahnya jadi baja tanah sahaja, sedangkan manusia akan bangkit semula untuk menerima balasan. Ketika itu tak kira mentimun, tak kira durian, semuanya akan berdiri sama tinggi. Siapa yang berada di pihak benar, dialah yang akan menang pada hari tersebut. Dan itulah kemenangan yang sebenar-benarnya.

1 comment: