Wednesday, December 22, 2010

Cinta Dan Anugerah

Tajuk ni diambil dari tajuk cerita bersiri Indonesia. Aku tak tau pun pasal cerita tu. Maklumlah cerita jiwang-jiwang macam tu payah nak dapat tarik minat aku. Bukan sekarang, sejak dari zaman kanak-kanak, masuk remaja sampailah hari ini selera aku untuk cerita macam tu tak terbuka sangat. Lagi-lagi kalau cerita Indon, nampak sangat ceritanya sengaja tak nak bagi habis lagi, walaupun sepatutnya dah habis.

Tapi memang diakui Indon ni ada banyak juga kelebihannya. Di segi bahasa dan sastera mereka memang hebat. Bahasa Indonesia yang digunakan nampak mantap dan segar. Terlalu jarang mereka guna bahasa asing dan juga bahasa rojak. Pemilihan kalimah juga tampak ada kelas. Tengok tajuk pun dah rasa tertarik dan nak tengok. Ye lah..cinta. Golongan remaja memang teruja sangat dengan perkataan tu. Siapa tak suka cinta oiii....semua orang suka cinta kan.

Rasa cinta memang anugerah Tuhan pada semua manusia. Betul lah. Cinta tu lah yang jadikan manusia berpasangan, seterusnya membiak ramai di atas muka bumi. Kalau tak ada cinta mungkin speses manusia dah lama pupus. Cumanya dalam bercinta tu adalah etika, syarat dan peraturannya. Kalau cinta tu betul, elok dan menepati syarak, bukan setakat hati je yang berbunga-bunga dan gembira, bahkan dapat pahala pula. Ini yang seronoknya.

Sebaliknya jangan pulak anugerah Tuhan yang berharga itu dijadikan tunggangan syaitan untuk menyesatkan manusia. Cinta yang dipenuhi gejolak nafsu tu bukan anugerah, tetapi bala bencana sebenarnya. Jangan sesekali beri alasan cinta adalah anugerah Tuhan untuk menghalalkan cinta kita.

(Atas tu gambar hiasan je. Moga sdr Akhil hayy dan Waheeda bahagia selalu di bawah limpahan rahmat Allah s.w.t. Gambar diambil dari gua.com)

No comments:

Post a Comment