Wednesday, December 1, 2010

BELUT, DULU DAN KINI


ishhh...zaman aku kecil-kecil dulu, belut dianggap sebagai binatang yang menjijikkan. Hampir semua orang tak sanggup sentuh belut, apatah lagi nak menyiang, memasak dan memakannya. Kalau ada pancing yang terkena belut, alamat dengan pancing-pancing sekali akan dibuang. Ataupun terus potong tali pancing tu.



Tak sangka dan tak terduga, hari ini belut menjadi satu menu yang popular. Sup belut menjadi 'trade mark' dan tarikan utama bagi banyak restoran dan kedai makan. Bagi penggemarnya, rasa daging belut dikatakan cukup lazat dan sesuai untuk seisi keluarga kerana kurang bertulang. Malah mereka mendakwa belut mempunyai nilai perubatan yang bagus seperti melicinkan kulit, melancarkan perjalanan darah dalam badan, mengurangkan asma, menguatkan tenaga batin dan macam-macam lagi.

Ada sesetengah restoran yang mencuci belut dengan cara yang paling minima supaya lendir belut dapat dikekalkan. Katanya, lendir itu juga mengandungi khasiat yang tersendiri selain memekatkan kuah sup dan melazatkannya sehingga dihirup ke titisan yang terakhir.

Bagi generasi hari ini, kebanyakannya dapat menerima belut sebagai menu harian mereka. Tetapi aku masih belum dapat memakannya. Setakat ini..menghirup kuah tu boleh lah...

No comments:

Post a Comment